Kemudi Guna “Joystick Game”, Ini Rupa Kapal Selam Titan Dari Dalam

rupa kapal selam Titan

Kemudi Guna “Joystick Game”, Ini Rupa Kapal Selam Titan Dari Dalam

Baru-baru ini, dunia telah digemparkan dengan berita kehilangan kapal selam yang dinamakan sebagai Titan oleh syarikat pengeluarnya OceanGate semasa ekspedisi melihat bangkai Titanic di dalam laut.

Kapal selam itu dilaporkan membawa lima orang penumpang dan telah hilang dari radar selepas 1 jam 45 minit memulakan eksplorasi ke dalam air.

Ekpedisi yang bermula pada Ahad lalu bertujuan bagi melihat bangkai kapal Titanic yang karam di lautan Atlantik.

Berita terkini Pengawal Pantai Amerika Syarikat telah mengesahkan bahawa kapal selam OceanGate mengalami “bencana ruang tekanan”.

Serpihan daripada kapal selam tersebut dipercayai telah ditemui berada di dasar laut.

Kelima-lima mangsa yang berada di dalam kapal selam tersebut disahkan terkorban oleh Pengawal Pantai Amerika Syarikat.

Namun penulisan pada hari ini ingin berkongsi berkenaan keadaan dalaman dan luaran kapal selam Titan tersebut.

Menurut OceanGate, kapal Titan memiliki ketinggian kira-kira sembilan kaki tinggi, lapan kaki lebar, 22 kaki panjang dan memiliki berat 25,000 paun. Kapal selam Titan ini berukuran sama saiz dengan sebuah mini van.

Titan boleh memuatkan lima orang penumpang dalam satu-satu masa. Ia termasuk seorang pemandu dan empat anak kapal atau krew. Badan kapal ini diperbuat daripada bahan gentian karbon setebal lima inci.

Hanya memiliki satu pod yang dinamakan sebagai pod pemandangan

Kapal selam ini tidak memiliki tingkap atau cermin kecuali pada pod pintu masuk yang dinamakan sebagai pod pemandangan. Pod ini satu-satunya tempat untuk penumpang atau krew untuk melihat pemandangan sekitar kapal selam mereka.

Selain itu, kapal selam Titan ini juga dilengkapi dengan tandas boleh alih untuk kegunaan mereka yang berada di dalamnya.

Kapal ini juga dilengkapi dengan skrin kawalan dan skrin sonar bagi memantau dan melihat persekitaran laluan kapal selam terbabit.

Kapal selam ini juga dipandu menggunakan pengawal permainan video (gaming controler) yang sering digunakan oleh orang ramai ketika bermain permainan video di rumah.

Pengawal permainan dikatakan lebih mudah dan murah untuk digunakan daripada kayu bedik, yang tidak mengawal keseluruhan fungsi kapal selam.

Difahamkan pengemudi kapal selam menggunakannya untuk menggerakkan tiang fotonik yang mempunyai fungsi sama seperti periskop.

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

Pengawal permainan itu juga boleh diserahkan kepada sesiapa sahaja untuk mengawalnya kerana ia menggunakan sistem ‘bluetooth’. Alat itu dicipta dengan daya tahan yang tinggi dan lasak untuk kegunaan dalam keadaan yang tidak terduga.

Titan adalah kapal selam yang sama seperti keluarganya yang lain tetapi ia dicipta dalam bentuk yang lebih kecil. Titan juga dicipta dengan lebih mudah dikawal daripada kapal selam klasik yang lainnya.

Sumber: The Daily Caller via Facebook, USAToday , NewsNation 

The post Kemudi Guna “Joystick Game”, Ini Rupa Kapal Selam Titan Dari Dalam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*