Tribute Untuk Akira Toriyama, 20,000 Orang Berkumpul Di Argentina Buat Genki-Dama

Tribute Untuk Akira Toriyama, 20,000 Orang Berkumpul Di Argentina Buat Genki-Dama

Dragon Ball sememangnya sebuah anime legenda yang menceriakan zaman kanak-kanak di serata dunia. Watak-watak utama dalam siri ini, seperti Son Goku, Vegeta, Frieza, Majin Bu dan banyak lagi selalu diidolakan kita semua suatu ketika dahulu.

Bahkan, kita juga terikut-terikut dan sering menggayakan teknik-teknik ikonik seperti kame-kameha dalam siri ini ketika bermain bersama rakan-rakan dahulu, kan?

Jadi, tak hairanlah berita pemergian mangaka yang juga pencipta siri tersebut, Akira Toriyama pada 1 Mac lepas mengundang rasa duka kepada semua peminat tegar karyanya.

Sehingga ke saat ini, walaupun sudah 12 hari berlalu, masih ramai yang bercakap tentang mendiang dan berkongsi kenangan masing-masing bersama Dragon Ball.

Misalnya, tular di media sosial sejak semalam himpunan melibatkan hampir 20,000 orang peminat Dragon Ball di Buenos Aires untuk memberikan tribute terakhir kepada mendiang.

Menurut video-video yang tular, mereka yang berkumpul dirakam bersama-sama membuat Genki-Dama, iaitu salah satu gerakan ikonik milik watak utama Dragon Ball, Son Goku.

Untuk konteks, Genki-Dama adalah teknik yang dilakukan Son Goku apabila mahu meminjam tenaga daripada seluruh penduduk dunia dalam siri itu.

Babak berkenaan biasanya turut menunjukkan watak-watak lain akan mengangkat tangan sebagai cara memindahkan tenaga kepada Goku.

Kemudian, tenaga berkenaan ditukarkan kepada bola besar gergasi dan dilancarkan ke arah musuh, yang selalunya sangat kuat dan sukar ditewaskan.

Selain di Argentina, peminat-peminat Dragon Ball di beberapa negara yang lain turut berhimpun di kota utama negara masing-masing.

Seperti di Buenos Aires, mereka turut melakukan Genki-Dama sebagai simbolik mengenang mendiang.

Terdahulu, mendiang Akira Toriyama dilapor menghembuskan nafas terkahir pada 1 Mac yang lalu akibat menderita acute subdural hematoma.

Bagaimanapun, berita kematian mendiang hanya dimaklumkan kepada umum pada 8 Mac lepas menerusi satu kenyataan yang diterbitkan di laman rasmi X Dragon Ball Official.

Menurut kenyataan itu, pengebumian mendiang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan saudara terdekat sahaja.

BACA: Hanya Telur & Bubur, Sonny Bill Williams Kongsi Menu Ringkas Sahur

Sumber: X

The post Tribute Untuk Akira Toriyama, 20,000 Orang Berkumpul Di Argentina Buat Genki-Dama appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*