Kemuncak Hujan Meteor Lyrids Bermula Lewat Malam Ini Hingga Awal Pagi Esok

kemuncak Hujan Meteor Lyrids

Kemuncak Hujan Meteor Lyrids Bermula Lewat Malam Ini Hingga Awal Pagi Esok

Rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan kemuncak Hujan Meteor Lyrids yang bermula pada lewat malam ini (22 April) hingga awal pagi esok (23 April).

Menurut Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), pada malam kemuncak, hujan meteor yang terhasil adalah dengan purata 18 meteor per jam.

Fenomena ini boleh dilihat mulai 15 hingga 29 April setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari dan merentasi laluan orbit Komet C/1861 G1 atau lebih dikenali sebagai Komet Thatcher.

Difahamkan, titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Lyra. Bagaimanapun, ia masih boleh berlaku dari pelbagai arah.

kemuncak Hujan Meteor Lyrids
Gambar: MYSA

Komet Thatcher

Maklum MYSA lagi, Komet Thatcher dianggarkan mengambil masa selama 415 tahun untuk melengkapkan orbitnya.

Gambar: MYSA

“Kali terakhir ia mencapai jarak yang paling dekat dengan Matahari adalah pada tahun 1861 dan dijangka dapat dilihat dari Bumi semula pada tahun 2276.

“Semasa komet tersebut mengorbit menghampiri Matahari, debu-debu komet yang terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akan berserakan dan membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa-sisa komet tersebut.

“Sisa tinggalan ini akhirnya akan memasuki atmosfera Bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang,” katanya.

BACA: Seorang Kanak-Kanak Maut Setiap 10 Minit Di Gaza, Kata UNRWA

Tip mencerap Hujan Meteor Lyrids

Sudah tentu ramai masyarakat yang tidak mahu melepaskan peluang fenomena yang berlaku sekali dalam setiap tahun ini, sehubungan itu, MYSA turut memberikan beberapa tip bagaimana cara untuk mencerap hujan meteor ini.

Berikut adalah tip mencerap oleh MYSA;

Pertama, pastikan pencerapan dilakukan di kawasan yang lapang dan tiada halangan seperti bangunan tinggi, pokok atau rumah.

Kedua, cuba dapatkan pemandangan langit yang luas.

Ketiga, jauhi persekitaran yang bercahaya. Kawasan lebih gelap adalah yang terbaik.

Keempat, sesuaikan mata dengan tahap kegelapan selama 15 hingga 20 minit.

Kelima, tidak perlu fokus ke arah buruj Lyra sahaja untuk melihat hujan meteor ini. Ia boleh muncul dari pelbagai arah dan pada bila-bila masa.

Sumber: FB Agensi Angkasa Malaysia – MYSA

The post Kemuncak Hujan Meteor Lyrids Bermula Lewat Malam Ini Hingga Awal Pagi Esok appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*