KPDN Melaka rekod nilai rampasan RM4.9 juta tahun 2021

MELAKA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka merekodkan rampasan bernilai RM4.9 juta membabitkan 317 kes sejak Januari sehingga 31 Disember lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem berkata, jumlah itu merupakan hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas 30,021 premis serta 785 aduan yang diterima daripada orang ramai.

“Sebanyak 20 kes telah direkodkan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan nilai rampasan sebanyak RM4.8 juta dan kompaun RM30,000 telah dikeluarkan.

“Kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 merekodkan kes tertinggi dengan sebanyak 189 kes bersama nilai rampasan berjumlah 1,549.70, manakala kompaun berjumlah RM35,600,” katanya selepas melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2023 di sebuah pasaraya di Cheng di sini, hari ini.

Dalam pada itu Hee Sem berkata, peniaga di negeri ini khususnya di kawasan tumpuan pelancong di Bandar Hilir diingatkan untuk mematuhi arahan meletakkan tanda harga jika bagi mengelak dikenakan tindakan kompaun serta-merta.

“Saya lihat peniaga di Jonker Walk ada yang masih degil walaupun sudah ditegur, semalam hasil tinjauan bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali mereka masih tidak meletakkan tanda harga.

“Kita memang tidak akan berikan amaran seperti sebelum ini sebaliknya peniaga akan terus diberikan notis kompaun serta-merta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post KPDN Melaka rekod nilai rampasan RM4.9 juta tahun 2021 appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*