Kenali Sadd El-Kafara, Empangan Tertua Di Dunia

Kenali Sadd el-Kafara, Empangan Tertua Di Dunia

Sebut sahaja Mesir, sudah tentu kita membayangkan bentuk geografinya yang diselimuti padang pasir. Di sebalik bentuk muka buminya yang unik, negara ini juga menyimpan pelbagai khazanah dunia yang tidak ternilai terutamanya berkaitan tamadun purba.

Antara tinggalan tamadun yang menakjubkan adalah Piramid yang turut tersenarai sebagai salah satu keajaiban dunia dan boleh disaksikan hingga ke hari ini.

Hari ini, SK akan berkongsikan satu lagi khazanah tamadun purba yang terpahat dalam sejarah iaitu Empangan Sadd el-Kafara.

Empangan Sadd el-Kafara

Gambar: Hydria Virtual Museum

Empangan Sadd el-Kafara atau dalam bahasa Arab سد الكفرة merupakan sebuah empangan Mesir Purba yang dibina sekitar 2,560 tahun sebelum Masihi.

Difahamkan, empangan ini terletak di Wadi Garawi, 30 kilometer (km) dari selatan Kaherah dan 11km di tenggara Heluan di Mesir. Empangan ini merupakan bank air yang berpunca daripada limpahan sungai Nil.

Menurut Hydria Virtual Museum, empangan ini berukuran 113 meter panjang dan 14 meter tinggi.

Matlamat utama pembinaan empangan ini adalah dipercayai untuk menahan air yang berpunca daripada ribut dan banjir besar atau dalam bahasa mudah mengawal banjir, lapor portal Amusing Planet.

Sadd el-Kafara empangan tertua
Gambar: Hydria Virtual Museum

Sadd-el-Kafara juga mempunyai dwi peranan iaitu membekalkan air kepada buruh dan haiwan yang terlibat dalam penerokaan batu dan marmar di kuari berhampiran, untuk pembinaan piramid dan kuil.

Sekiranya empangan ini siap sepenuhnya, ia bakal menyimpan antara 465,000 hingga 625,000 meter padu air.

Walau bagaimanapun, empangan ini dipercayai musnah akibat banjir sebelum siap sepenuhnya. Difahamkan, ketiadaan sistem perparitan yang baik menyumbang kepada perkara ini. Hal ini kerana terdapat tanda-tanda hakisan di sekitar empangan itu.

BACA JUGA: “Dah Tak Rasa Mengah,” Hilang 20kg, Khairul Aming Kongsi Perjalanan Turunkan Berat Badan

Sadd el-Kafara empangan tertua
Gambar: Hydria Virtual Museum

Empangan Tertua Di Dunia

Sadd-el-Kafara ditemukan oleh ahli arkeologi Jerman, Georg Schweinfurth pada tahun 1885 dan diiktiraf sebagai empangan terbesar tertua di dunia. Anggaran usia empangan itu diperolehi selepas analisis daripada sampel arang dan tekstil yang ditemui dalam tinggalan bangunan di barat laut empangan dipercayai lokasi kem pekerja semasa pembinaan tadahan air tertua itu.

Bahan Pembinaan Sadd el-Kafara

Gambar: X Matthieu Götz

Dua bahan digunakan dalam pembinaan empangan iaitu, batu kapur (keras) dan batu kapur lembut.

Bagi batu kapur keras terdiri daripada karbonat amorf dan kristal. Manakala batu kapur lembut pula terdiri daripada kapur amorf, beberapa kalsit berstruktur fone dan beberapa kuarza yang mempunyai kandungan garam yang agak tinggi.

Menurut State Informatian Service, Sadd el-Kafara di Wadi Garawi, Kaherah telah diiktiraf sebagai tapak bersejarah oleh Perdana Menteri Mesir, Mostafa Madbouli menerusi Dekri No. 1130/2023.  Ia telah diwartakan sebagai kawasan arkeologi yang masih utuh hingga ke hari ini.

Sumber: Madain Project, State Information Service (Mesir), Hydria Virtual Museum, Amusing Planet 

The post Kenali Sadd El-Kafara, Empangan Tertua Di Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*