Sampai ‘Pecah’ & Berdarah, Isteri Pemandu Treler Kesal Suami Didakwa Dibelasah

luahan isteri pemandu lori dibelasah teruk

Sampai ‘Pecah’ & Berdarah, Isteri Pemandu Treler Kesal Suami Didakwa Dibelasah

Semalam, seorang kanak-kanak dilapor maut apabila digilis oleh sebuah treler apabila motosikal yang diboncengnya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di Kampung Telok Gong, di Pelabuhan Klang.

Sebelum ini, tular video yang menunjukkan seorang lelaki dipercayai pemandu lori treler terlibat dalam kemalangan itu didakwa dibelasah beberapa individu.

Berdasarkan video yang tular itu, dapat dilihat lelaki tersebut mengalami kecederaan seperti mata lebam dan pipi luka serta berdarah dipercayai akibat dipukul.

Susulan itu, isteri kepada pemandu lori yang terlibat dalam tragedi kemalangan jalan raya semalam tampil meluahkan rasa kesalnya dengan apa yang berlaku.

Menerusi perkongsian yang dibuat di TikTok, wanita itu dilihat kecewa kerana suaminya didakwa dibelasah oleh orang ramai tanpa mengetahui perkara yang sebenar.

Bukti rakaman dashcam yang membantu dalam menjelaskan situasi sebenar

Menurut Ezza (@_kakngahezza_), orang ramai tidak sepatutnya mengambil keputusan sendiri tanpa menyelidiki terlebih dahulu punca kemalangan tersebut.

Dalam pada itu, dia juga sempat mengirimkan bacaan Al-Fatihah kepada mangsa maut dalam kemalangan itu.

”Al-Fatihah kepada keluarga arwah. Sayangilah nyawa anda semua. Semoga dipermudahkan segala urusan kami semua,” katanya.

@_kakngahezza_

Jgn hukum org lain atas kecuaian sendiri… semoga dipermudahkan urusan suamiku n keluarga arwah..#hidupmatihanyaallahygtahu #jgnkecamorg #jgnhukumorgsesukahati

♬ Kemarin_Seventeen – GP Records

Menerusi perkongsian yang berbeza, Ezza turut mendedahkan keadaan terkini suaminya yang kini sedang menerima rawatan di hospital.

Difahamkan, suaminya dipindahkan ke Hospital Ipoh dan menerima rawatan di sana.

”Terima kasih sahabat yang sanggup menunggu suami akak untuk bawa pulang (ke rumah),” katanya sambil menegaskan bahawa dia mahu keadilan untuk suaminya ditegakkan.

Dalam pada itu, beberapa rakaman dipercayai kamera dashcam yang merakam kejadian tersebut turut tular di media sosial. Penularan video berkenaan ternyata menuai pelbagai komentar daripada netizen.

Rata-rata berharap perkara berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk diselesaikan. Mereka juga berharap beberapa individu yang didakwa memukul pemandu lori tersebut turut diambil tindakan.

Menurut orang ramai, mereka tidak sepatutnya melaksanakan hukuman sendiri tanpa menilai terlebih dahulu apa yang berlaku.

Selain itu, ada juga yang berharap supaya kejadian berkenaan dijadikan ikhtibar oleh semua pihak. Semua pengguna jalan seharusnya sentiasa menitikberatkan soal keselamatan diri ketika berada di atas jalan raya.

Kata mereka, sedikit kecuaian dan kelalaian di atas jalan boleh mengundang padah yang tidak diingini seperti terlibat dalam kemalangan maut.

@_kakngahezza_

SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALANYA..🤲😭#wifeabglori🚛 #hidupmatihanyaallahygtahu #jgnkecamorg #jgnhukumorgsesukahati❤✌🏼

♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

BACA: Sempena Ramadan, Ini Cara Tambah Kalendar Hijrah Di Iphone

Sumber: _kakngahezza_ via TikTok

The post Sampai ‘Pecah’ & Berdarah, Isteri Pemandu Treler Kesal Suami Didakwa Dibelasah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*