“KENAPA TADI LARI?” – BELLA ASTILLAH DEDAH MESEJ, PERSOAL TINDAKAN SOPHIA ALBARAKBAH TIDAK HADIR SIDANG MEDIA

“Kenapa tadi lari? Kenapa tak datang pc? Kepada yang cakap saya fitnah, saya maafkan awak. Tapi saya lah orang yang paling takut nak cakap benda yang tak betul.

“Kenapa saya berani bagi statement sebab ianya sahih. Saya tiada plan nak bagi apa-apa statement dah tapi bila saya tengok Sophia pun bagi statement hari ini konon tak nak involve satu Malaysia.

“Tapi inilah sebabnya dia tak akan involve satu malaysia,” itulah tulis penyanyi dan pelakon Bella Astillah menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, dimana dia mempersoalkan tindakan heroin drama ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’, Sophia AlBarakbah tidak hadir ke sidang media drama berkenaan, di sini, hari ini.

Perkongsian terbaru Bella itu menjadi bualan ramai apabila memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp bersama individu dipercayai Sophia selepas pelakon itu mengaku tersuka suaminya, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.

Klik untuk gambar besar

Menerusi muat naik tersebut, Bella berkata, pendedahan itu dibuat berikutan ada dakwaan mengatakan dia cuba memfitnah pelakon berkenaan serta menjelaskan dia paling takut jika mengeluarkan kenyataan tidak benar.

Melihat pada mesej perbualan berkenaan, Sophia telah meminta maaf kepada Bella dan ingin memperbetulkan keadaan susulan dakwaan cubaan mengganggu suaminya.

Dalam masa sama, Sophia turut merayu supaya tidak mendedahkan perkara tersebut kepada ibu bapanya dan juga umum selepas mengaku tersuka suami orang.

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA – SILA KLIK >>

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*