Kepala Kereta Api Penumpang Dalam Perjalanan Dari Tumpat Ke JB Terbakar Di Tanah Merah

kereta api tumpat terbakar

Kepala Kereta Api Penumpang Dalam Perjalanan Dari Tumpat Ke JB Terbakar Di Tanah Merah

TANAH MERAH, 2 Mac (Bernama) — Bahagian kepala sebuah kereta api penumpang dalam perjalanan dari Tumpat ke Johor Bahru terbakar di Taman Tasek Kiara di sini malam ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah Mohd Zulkifli Osman berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu pada 10.36 malam sebelum dua pegawai dan 10 anggota serta dua jentera FRT dikerah ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba tiba di lokasi kejadian pada 10.39 malam dan mendapati bahagian kepala kereta api tersebut sedang terbakar.

“Api berjaya dikawal pada 11 malam,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata kejadian telah menyebabkan pemandu kereta api Ekspres Rakyat Timuran itu cedera dan dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan.

“Semua penumpang kereta api tersebut selamat. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

BACA:  Redah Banjir Hantar Makanan, Nyaris Hanyut Kerana Arus Kuat

Sumber: Bernama

The post Kepala Kereta Api Penumpang Dalam Perjalanan Dari Tumpat Ke JB Terbakar Di Tanah Merah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*