Keputusan Peperiksaan STAM Tahun 2023 Pada 26 Mac – KPM

keputusan stam 2023

Keputusan Peperiksaan STAM Tahun 2023 Pada 26 Mac – KPM

PUTRAJAYA, 19 Mac (Bernama) — Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2023 akan dikeluarkan pada 26 Mac ini (Selasa), demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 4,058 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun lepas di 131 pusat peperiksaan seluruh negara.

Menurut KPM, calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan itu dari sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada tarikh berkenaan.

Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah secara dalam talian menerusi pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan bermula pukul 10 pagi pada 26 Mac hingga 6 petang, 1 April.

Selain itu, semakan juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang akan diaktifkan dari 10 pagi 26 Mac hingga 6 petang 1 April, untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip STAM <NoKPAngkaGiliran> dan hantar ke 15888.

BACA: Google Malaysia Mohon Maaf Atas Kesilapan Nilai Tukaran USD-MYR

Sumber: Bernama

The post Keputusan Peperiksaan STAM Tahun 2023 Pada 26 Mac – KPM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*