Bas Bawa 40 Pelajar Sekolah Rendah Terjunam Ke Sungai

Bas Bawa 40 Pelajar Sekolah Terjuman

Bas Bawa 40 Pelajar Sekolah Rendah Terjunam Ke Sungai

Sebuah bas yang membawa 40 orang pelajar sekolah rendah dilapor terjunam ke dalam anak sungai ketika dalam perjalanan pulang ke Pergunungan Alps, Perancis, lapor The Mirror.

Bas yang dipercayai bergerak pulang dari kem musim panas di Hautes itu telah terbabas pada semalam (Sabtu).

Susulan itu, pemandu dan pasangannya dipercayai mengalami kecederaan serius sehingga menyebabkan mereka dikejarkan ke hospital.

Menurut Datuk Bandar Kor, Fabien Mulyk, 18 orang kanak-kanak yang lain dan seorang dewasa dirawat berikutan mengalami kecederaan ringan.

Kemudian, kanak-kanak itu dikatakan dipindahkan ke tempat yang lebih selamat manakala empat orang dibawa ke hospital untuk rawatan susulan.

Bas Bawa 40 Pelajar Terjuman
Kredit: TP1 via The Mirror

Kenderaan bas teruk dengan cermin depan pecah

Sementara itu pegawai tempatan memberitahu pada ketika insiden berlaku, cuaca dipercayai dalam keadaan cerah malah tiada ketulan ais atau salji yang dikesan berada di tempat kejadian.

Tidak hanya itu, kanak-kanak tersebut dikatakan bernasib baik kerana semua daripadanya memakai tali pinggang keledar.

Dalam masa yang sama, Mulyk berkata, “Mungkin, pemandu itu mengalami masalah perubatan semasa berada dalam pemanduan. Itulah senario yang paling memungkinkan,”

Melihat gambar yang dikongsikan di laman sosial, bas tersebut dilapor berada di dalam gaung dengan keadaan cermin depannya yang pecah.

Hal ini kerana Route Napoléon dipercayai sebagai jalan yang sangat curam yang menghubungkan Grenoble ke Gap.

Malah, ia dilaporkan ‘terkenal’ dengan bahaya dan jumlah kemalangan yang membawa maut termasuk pada Julai 2007 yang meragut 26 nyawa jemaah haji Poland.

BACA JUGA: Terpaksa Usung Jenazah Tiga Kilometer

Dalam perkongsian Siakap Keli sebelum ini, terdapat kemalangan darat antara terparah direkodkan di dunia iaitu  melibatkan seramai 51 orang pelajar dan dua orang guru.

Malah, kesemua mereka telah dilaporkan maut dalam kemalangan melibatkan dua buah lori dan sebuah bas.

Kejadian malang tersebut berlaku apabila bas (bas 1, 2 dan 3) berkenaan melepasi tanjakan di selekoh Jalan Raya Surabaya-Banyuwangi, kawasan Banyu Bulgur, Situbondo, Jawa Timur.

 

Sumber: The Mirror

The post Bas Bawa 40 Pelajar Sekolah Rendah Terjunam Ke Sungai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*