Kerap Makan Daging Mentah, Cacing Pita Sepanjang Dua Meter Keluar Dari Badan

Cacing Pita Dua Meter Dalam Badan

Akibat kerap memakan daging mentah, cacing pita sepanjang dua meter telah ditemui keluar dari badan seorang lelaki dalam kejadian di Thailand, lapor Thaiger.

Lelaki tersebut, Amarit Chuetamuen yang merupakan seorang pencinta tegar daging lembu mentah telah menjadikan sajian itu sebagai makanan kegemarannya sejak tiga tahun lalu.

Menurut Thaiger, Amarit akan makan daging tersebut beberapa kali dalam tempoh sebulan. Salah satu hidangan kegemarannya ialah hirisan daging lembu mentah yang digandingkan dengan sos pencicah pedas Thai iaitu Soi Ju (ซอยจุ๊).

Manakala, menu kedua yang digemarinya ialah Koi Nuea (ก้อยเนื้อ), merupakan gandingan daging khinzir cincang (Larb) yang dicampurkan dengan daging lembu mentah cincang.

Kejadian bermula apabila Amarit makan ubat cacing, anthelmintik sebelum tidur. Pada keesokan harinya, dia dikejutkan dengan merasakan ada ‘sesuatu’ yang tergelincir keluar dari bahagian bawah badannya.

Asalnya, Amarit menyangka bahawa ‘benda’ itu adalah ususnya tetapi, kemudian apabila ia didapati bergerak, Amarit  mengesahkan bahawa ‘benda’ itu adalah cacing pita berukuran 10 cm yang telah keluar dari badannya.

Memetik Thaiger, Amarit menyatakan bahawa dia tidak pernah merasakan mengalami sakit perut dan simptom-simptom lain.

Disebabkan kejadian itu, Amarit telah memberi amaran kepada pencinta daging mentah supaya mengawal selera masing-masing.

“Hai semua! Hari ini, saya ingin memberi amaran kepada semua orang yang menggemari daging mentah seperti saya.

“Lihat ini! Panjangnya hampir dua meter. Saya telah makan daging mentah selama dua hingga tiga tahun dan inilah yang telah berlaku kepada saya.

“Tidak percaya? Ini adalah cacing pita. Setelah sekian lama! Bulu roma saya meremang ketika ini. Saya mengambil ubat anthelmintik malam tadi, dan ini keluar pada waktu pagi,” kongsinya di laman TikTok.

@tex2499

เตือนภัยพยาธิออกตูด กินของดิบ พวกซอยจุ๊ก้อยซกเล็ก

♬ เสียงต้นฉบับ – เดอะสะแตก – เดอะสะแตก

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Awam (Thailand) memberi amaran kepada orang ramai supaya mengelak daripada memakan daging mentah terutamanya daging khinzir.

Susulan itu, Jabatan Kawalan Penyakit (DDC) turut melaporkan pada November tahun lalu, 101 rakyat Thailand di wilayah Isaan telah dijangkiti streptokokus suis yang dikenali sebagai demam kehilangan pendengaran.

Sumber: Thaiger

The post Kerap Makan Daging Mentah, Cacing Pita Sepanjang Dua Meter Keluar Dari Badan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*