Operasi Rejim Anti-Pengganas Diperkenalkan Di Moscow, Rusia

operasi rejim anti-pengganas

Operasi Rejim Anti-Pengganas Diperkenalkan Di Moscow, Rusia

MOSCOW, 24 Jun (Bernama-Sputnik) – Operasi rejim anti-pengganas telah diperkenalkan di Moscow, dan wilayahnya termasuk Voronezh bagi mencegah kemungkinan tindakan pengganas, menurut Komiti Nasional Anti-Pengganas (NAC) Rusia pada Sabtu.

Datuk bandar Moscow, Sergey Sobyanin menerusi hantaran di Telegram berkata bahawa semua acara awam yang dirancang telah dibatalkan susulan operasi itu.

Bagaimanapun, semua perkhidmatan bandar beroperasi sepenuhnya dan lalu lintas tidak terjejas.

Langkah-langkah keselamatan juga telah diperketat di Wilayah Lipetsk dan penduduk tempatan diminta tidak melakukan perjalanan ke arah selatan.

Gabenor Wilayah Rostov berkata bahawa agensi penguatkuasa undang-undang sedang melakukan segala yang perlu bagi memastikan keselamatan penduduk.

Pihak pentadbiran bandar memaklumkan bahawa laluan lalu lintas di bandar itu akan dilencongkan buat sementara waktu.

Kerajaan wilayah Voronezh memaklumkan bahawa satu konvoi tentera sedang bergerak di lebuh raya M-4 Don.

Gabenor wilayah Voronezh, Alexander Gusev, meminta penduduk tempatan untuk tidak menggunakan lebuh raya M-4 dan jalan utama lain di wilayah berkenaan.

Perkhidmatan rahsia Rusia (FSB) menjalankan siasatan terhadap ketua Wagner, Yevgeny Prigozhin atas cubaan rampasan kuasa tentera berdasarkan kenyataan yang dibuat atas nama syarikat tentera upahan itu.

FSB memaklumkan bahawa terdapat ancaman ketegangan ke atas Rusia.

Kementerian Pertahanan Rusia memaklumkan bahawa laporan media sosial mengenai serangan tentera Rusia terhadap kem-kem milik Kumpulan Wagner adalah tidak benar.

Sumber: BERNAMA-SPUTNIK

The post Operasi Rejim Anti-Pengganas Diperkenalkan Di Moscow, Rusia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*