Kereta Api Rempuh Lori Muatan Sawit Di Jerantut

Kereta api rempuh lori jerantut

Kereta Api Rempuh Lori Muatan Sawit Di Jerantut

KUANTAN, 3 Nov (Bernama) — Seorang pemandu lokomotif dan pembantunya cedera selepas kereta api yang dikendalikan mereka melanggar sebuah lori muatan sawit di KM167.80 Jerantut-Kuala Krau berhampiran Kampung Pisang di Jerantut, semalam.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azman Mat Kamis berkata 10 penumpang kereta api itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala pemandu lokomotif berumur 35 tahun itu mengalami luka pada bahagian kaki dan pembantunya yang berumur 26 tahun cedera pada paha kanan dalam kejadian kira-kira pukul 5.25 petang itu.

Beliau berkata kemalangan itu berlaku semasa kereta api berkenaan dalam perjalanan dari Jerantut menuju ke Gemas, Negeri Sembilan apabila sebuah lori secara tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan landasan semasa di lokasi berkenaan, yang mengakibatkan kedua-dua kenderaan itu berlanggar.

“Akibat pelanggaran itu cermin depan kereta api pecah manakala lori berkenaan remuk dengan teruk,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pemandu lori berkenaan dipercayai telah melarikan diri, dan Azman berkata kes sedang disiasat oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), mengikut Akta Keretapi 1991.

BACA: Sekiranya Dilaksanakan Tahun Depan, PLKN 3.0 Untuk Mereka Yang Lahir Pada 2007 Sahaja

Sumber: BERNAMA

The post Kereta Api Rempuh Lori Muatan Sawit Di Jerantut appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*