Kereta Dilapor Terjunam Dalam Lubang Sedalam 4 Meter, Dua Pemandu Berjaya Diselamatkan

Kereta Dilapor Terjunam Dalam Lubang Sedalam 4 Meter, Dua Pemandu Berjaya Diselamatkan

CHATSWORTH – Dua mangsa berjaya diselamatkan oleh anggota bomba apabila kenderaan yang dinaiki oleh mereka dilapor terjunam ke dalam lubang benam di Chatsworth, England pada malam Isnin.

Memetik laporan CBS News, lubang tersebut ditemui di Jalan Iverson di selatan Jalan Zaltana kira-kira jam 7.20 malam.

Difahamkan, selain sebuah kereta, terdapat satu lagi kenderaan jenis trak pikap yang turut sama terlibat dalam kejadian tersebut.

Dua mangsa yang berada di dalam kereta tersebut dilapor terperangkap apabila trak tersebut mendarat di atas kenderaan mereka manakala dua lagi mangsa yang terlibat sempat keluar daripada trak berkenaan tanpa sebarang kecederaan.

Dalam pada itu, anggota bomba telah menggunakan tali dan tangga yang diletakkan di atas lubang benam sebelum bertindak untuk menurunkan seorang anggota bomba bagi menyelamatkan seorang wanita dan remaja.

Menurut Ketua Batalion LAFD, Andrew Wordin, banyak air yang telah mengalir turun dari laluan jalan di lokasi berkenaan.

“Lebih banyak air telah mengalir turun dari jalan dan memenuhi lubang dan seperti yang dapat dilihat, terdapat bahagian jalan itu sendiri yang sudah terpisah dan retak yang menyebabkan kereta terus tenggelam.

“Kami terpaksa mengeluarkan mangsa dari kereta tersebut, jadi kami membuat keputusan untuk menyelamatkan mangsa dari sudut tinggi dan menurunkan seorang penyelamat ke pintu sisi kereta.

“Jalan itu terjejas sepenuhnya dan tidak boleh dilalui oleh pengguna jalan raya, malah ia juga tidak dapat dilalui oleh kenderaan kecemasan,” katanya.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa telah dimasukkan ke hospital setelah mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu, pihak berkuasa menganggarkan lubang benam tersebut mempunyai kedalaman kira-kira 15 kaki (4 meter), namun setakat pagi Selasa, kenderaan berkenaan dilihat tertimbus dengan lebih dalam ke dalam lumpur.

Susulan kejadian, lubang benam itu telah merentasi lorong arah selatan Jalan Iverson, malah jalan juga ditutup kepada lalu lintas.

Sumber: CBS News, NBC LA

The post Kereta Dilapor Terjunam Dalam Lubang Sedalam 4 Meter, Dua Pemandu Berjaya Diselamatkan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*