Kolej Di China Beri Cuti Seminggu Kepada Pelajar Untuk Cari Cinta

cuti seminggu cari cinta

Kolej Di China Beri Cuti Seminggu Kepada Pelajar Untuk Cari Cinta

Sembilan kolej vokasional di China memberikan cuti musim bunga selama seminggu kepada pelajarnya pada bulan April untuk mencari cinta, lapor Insider.

Sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh Kumpulan Pendidikan Fan Mei telah mengumumkan pada 23 Mac lalu berkenaan cuti yang bakal bermula pada 1 hingga 7 April itu.

“Sekolah ini melaksanakan sistem cuti musim bunga dengan harapan pelajar dapat belajar mencintai alam semula jadi, mencintai kehidupan dan menikmati cinta,” kata Liang Guohui, timbalan dekan Kolej Vokasional Penerbangan Mianyang, dalam satu kenyataan.

Cuti seminggu cari cinta

Kolej yang mengambil bahagian difahamkan terdiri daripada sekolah vokasional dalam industri penerbangan. Antara bidang yang terlibat adalah, juruterbang, pramugari, pengawal trafik udara dan kakitangan keselamatan lapangan terbang.

Sekolah-sekolah tersebut dilaporkan telah memberi pelajar dan guru cuti seminggu pada musim bunga sejak 2019. Tema tahun ini, “nikmati bunga, pergi jatuh cinta,” memberi penekanan khusus pada percintaan.

Pengumuman itu dibuat ketika kerajaan China mendesak untuk meningkatkan kadar kelahiran dan perkahwinan yang semakin menurun dengan pantas.

Selain itu, syarikat tempatan, wilayah dan perbandaran telah bereksperimen dengan cara untuk menarik orang ramai untuk mengikat pertunangan.

Mereka menawarkan sebanyak 30 hari “cuti perkahwinan” atau melancarkan kempen yang meminta wanita bandar untuk bertemu dengan lelaki bujang yang lebih berusia di luar bandar.

BACA: Kata Nak Tengok Je, 5 Punca Ramai Tak Nak Keluar Dari Tempat Ni, Normal Kalau Suami Kena Sidai

Program cuti musim bunga adalah permintaan dari pelajar

Liu Ping, timbalan dekan Kolej Vokasional Penerbangan Barat Daya Sichuan memberitahu bahawa sekolah itu memulakan program cuti musim bunga sebagai tindak balas kepada maklum balas daripada pelajar.

Para pelajar sebelum ini meminta masa tetap untuk belajar di luar kampus agar dapat mencari kawan baharu dan “mendapat pengalaman dalam keindahan bercinta”.

Pelajar masih diberi kerja rumah, tetapi tugas mereka adalah menulis berkenaan diari perjalanan, menulis laporan tentang pertumbuhan mereka sendiri. Mereka juga diberikan tugasan membuat kraftangan atau membuat filem video perjalanan mereka, lapor China Youth Daily.

Terdahulu, pengumuman kolej tersebut telah menjadi tular di Weibo, sebuah platform media sosial Twitter versi China.

Notis yang dikeluarkan oleh Kolej Vokasional Penerbangan Barat Daya Sichuan itu telah menerima hampir 130 juta tontonan dalam dua hari selepas ia disiarkan.

Sumber: Insider

The post Kolej Di China Beri Cuti Seminggu Kepada Pelajar Untuk Cari Cinta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*