Kereta Meletup Langgar Lori, Lelaki Tak Sangka Boleh Terselamat Dalam Kemalangan Ngeri

Kereta Meletup Langgar Lori

Kereta Meletup Langgar Lori, Lelaki Tak Sangka Boleh Terselamat Dalam Kemalangan Ngeri

Seorang pemandu sebuah kereta dilapor terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas kereta yang dipandunya meletup sejurus melanggar sebuah trak di persimpangan, lapor Daily Mail.

Detik kemalangan kejadian itu telah berjaya dirakam kamera litar tertutup di mana ia dikatakan berlaku di persimpangan Steele County di Minnesota.

Kejadian dilaporkan berlaku pada Selasa lalu kira-kira jam 5.30 pagi waktu tempatan.

Pemandu trak berusia 63 tahun juga dikatakan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Manakala kereta jenis Chevy Impala milik mangsa berusia 55 tahun itu hancur teruk gara-gara kemalangan itu.

Kredit WTSP

Kemalangan berlaku di persimpangan 44th Avenue dan Lebuhraya 14 di Perbandaran Havana.

Kredit WTSP

Menurut mangsa, dia sedang bergegas untuk ke tempat kerja sebelum berakhir dengan kemalangan yang mengerikan selepas terperosok di bawah trak lalu meletup.

Pemandu kereta sedan itu berkata lagi, kesan rempuhan tersebut menyebabkan pintu keretanya tidak dapat dibuka dan dia terpaksa keluar melalui tingkap yang pecah.

Beberapa orang awam hulurkan bantuan

Tambahnya, dua orang yang baik hati telah berhenti untuk membantunya sebelum petugas kecemasan tiba di tempat kejadian.

“Ada sebab mengapa saya masih di sini. Saya telah bercakap dengan empat orang yang melihat video itu dan mereka berkata ‘bagaimana saya boleh terselamat?’ Saya bersyukur saya masih di sini,” kata lelaki tersebut.

Menurut laporan kejadian, kedua-dua pemandu memakai tali pinggang keledar dan tiada alkohol dikesan ketika kejadian.

Sejurus pertembungan itu, lori dan kereta tersebut telah terbalik di tepi jalan dan beberapa kenderaan lain telah berhenti di lokasi kemalangan tersebut.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Pemandu Impala memberitahu WTSP: “Saya tidak sedar, sehingga sudah terlambat dan saya menghentamnya.”

“Saya tidak ingat tentang kebakaran itu, tetapi melihat video rakaman dan kereta saya meletup dijilat api. Jadi saya tertanya-tanya mengapa lengan kiri saya kehitaman dari tangan ke bahu saya.

“Itu kesan daripada api, tetapi saya tidak terbakar,” kata pemandu itu lagi.

Kedua-dua pemandu kemudiannya dibawa ke Hospital Owatonna di mana mereka dikatakan tidak mengalami kecederaan yang mengancam nyawa.

Sumber: Daily Mail

The post Kereta Meletup Langgar Lori, Lelaki Tak Sangka Boleh Terselamat Dalam Kemalangan Ngeri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*