Rasmi, Juan Torres Garrido Ketua Jurulatih B-23 Baharu

juan torres ketua jurulatih

Juan Torres Garrido dari Sepanyol dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara yang baharu bagi menghadapi Piala Aisa B-23 2024 di Qatar pada April tahun depan.

Menerusi satu kenyataan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengatakan pengalaman Juan Torres membuatkan mereka yakin bahawa lelaki berusia 43 tahun itu mampu mengemudi skuad tersebut.

“FAM yakin dan percaya, dengan latar belakang pengalaman yang dimiliki serta beliau telah setahun berada dalam sistem skuad B-23 kebangsaan, Juan Torres mampu mengemudi skuad ini bagi menghadapi Piala Asia B-23 2024 di Qatar nanti,” katanya pada Khamis.

Pelantikan tersebut sekali gus mengisi kerusi kosong yang dilepaskan oleh E. Elavarsan pada 18 September lalu, yang mahu kembali fokus kepada tugasan asalnya sebagai penolong ketua jurulatih kebangsaan.

Untuk rekod, Juan Torres sebelum ini merupakan penolong ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan bagi membantu E. Elavarasan sejak dari September 2022.

FAM berkata dari segi pengalaman sebelum ke Malaysia, Juan Torres merupakan ketua pencari bakat bagi FC Barcelona untuk kawasan Catalunya dari 2016 hingga 2020, sebelum beliau menjadi ketua bola sepak remaja profesional (B-23) bagi kelab Granada CF di Sepanyol dari 2021 hingga 2022.

BACA: Elavarasan Letak Jawatan Ketua Jurulatih B-23

Shukor Adan dilantik penolong jurulatih

Sementara itu, FAM turut melantik Shukor Adan yang merupakan bekas kapten skuad kebangsaan sebagai penolong ketua jurulatih B-23 negara yang baharu bagi membantu Juan Torres.

Keputusan untuk melantik Shukor Adan telah dibuat selepas FAM melakukan penelitian dan penilaian menyeluruh ketika sesi temu duga yang berlangsung pada September lalu.

“Kredibiliti, karakter dan kebolehan Shukor yang kini berusia 44 tahun diharap dapat membantu dalam memperkasakan lagi barisan pemain skuad B-23 kebangsaan.

“Shukor bagaimanapun hanya secara rasmi akan memegang jawatan tersebut selepas kontraknya sebagai penolong jurulatih pasukan Liga Super, Kuala Lumpur City FC ketika ini berakhir.

“Bagi set barisan kejurulatih baharu skuad B-23 kebangsaan ini, Juan Torres sebagai ketua jurulatih akan dibantu oleh Shukor Adan sebagai penolong ketua jurulatih.

“Kris Yong Wai Hwang sebagai jurulatih penjaga gol, Oscar Balaguer Cabeza dari Sepanyol sebagai jurulatih kecergasan serta Lee Jeyoon dari Republik Korea sebagai jurulatih analisis prestasi,” ujarnya.

Sumber: Football Association of Malaysia/Facebook

The post Rasmi, Juan Torres Garrido Ketua Jurulatih B-23 Baharu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*