Kes Ahmad Zahid: Saya Tidak Campur Tangan – PM Anwar

kes ahmad zahid anwar

Kes Ahmad Zahid: Saya Tidak Campur Tangan – PM Anwar

JAKARTA, (Bernama) — Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak campur tangan berhubung keputusan mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, daripada semua 47 pertuduhan dihadapinya.

Perdana Menteri berkata peguam negara mempunyai kuasa sepenuhnya dalam mengendalikan kes tersebut.

“Jaksa agung (peguam negara) ada wewenang (kuasa) sepenuhnya dan diberikan alasan-alasan. Saya berikan wewenang kepada jaksa agung, kerana dia bicara tentang 200 halaman permohonan baharu oleh Datuk Seri (Ahmad) Zahid.

“…ini keputusan jaksa agung jadi saya tidak campur,” katanya apabila ditanya media tempatan mengenai isu tersebut selepas Program Temu Anwar di sini malam semalam.

Ketika ditanya sama ada keputusan tersebut akan memberi persepsi tidak baik terhadap kerajaan, Anwar berkata ia tidak menjejaskan kredibiliti kerajaan dan menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya yang keras membanteras rasuah.

BACA JUGA: Ahmad Zahid Dilepas Tanpa Dibebaskan Daripada 47 Pertuduhan

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu, selepas mendengar 11 alasan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, untuk menghentikan prosiding kes berkenaan.

Ahmad Zahid sebelum ini telah menghantar surat representasi setebal 200 muka surat kepada Pejabat Peguam Negara (AGC), sebagai asas pertimbangan supaya pertuduhan terhadapnya digugurkan.

Surat representasi pertama dikemukakan pada Januari lepas, manakala yang terbaru, lengkap dengan fakta dan bukti baharu, dihantar kepada AGC pada Februari.

Sumber: BERNAMA

The post Kes Ahmad Zahid: Saya Tidak Campur Tangan – PM Anwar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*