Wan Saiful didakwa minta, terima rasuah kes Jana Wibawa

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pagi ini atas pertuduhan menerima hampir RM7 juta bagi membantu sebuah syarikat mendapatkan projek berkaitan lebuh raya daripada Kerajaan Malaysia.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu turut didakwa meminta rasuah daripada seorang individu bagi mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuh Raya Pantai Timur bernilai RM232 juta.

Hakim Azura Alwi membenarkan Wan Saiful dibebaskan dengan jaminan RM400,000 dengan seorang penjamin, pasport ditahan oleh mahkamah manakala tertuduh diarah melapor diri di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dua bulan sekali.

ADAM Radlan Adam Muhammad turut diheret ke mahkamah berhubung kes Jana Wibawa. – UTUSAN/SADDAM YUSOFF

Sementara itu di hadapan Hakim Suzana Hussain, ahli perniagaan, Adam Radlan Adam Muhammad, 42, juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berkaitan Program Jana Wibawa.

 

Berita selanjutnya menyusul…

The post Wan Saiful didakwa minta, terima rasuah kes Jana Wibawa appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*