Kes Antony Letakkan Man United Dalam Tekanan, Ramai Menanti Tindakan Yang Bakal Diambil

antony man united

Kes Antony Letakkan Man United Dalam Tekanan, Ramai Menanti Tindakan Yang Bakal Diambil

MANCHESTER — Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United kini berada dalam tekanan selepas dakwaan serangan yang dilakukan oleh penyerang sayap, Antony, lapor AFP.

Tambahan lagi, bintang Brazil itu kini telah digugurkan daripada skuad kebangsaan bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia ekoran dakwaan serangan ke atas bekas teman wanitanya.

Susulan itu, seluruh mata dunia kini menantikan tindakan yang bakal diambil oleh United lebih-lebih lagi kelab itu baru sahaja melepaskan penyerangnya Mason Greenwood yang meninggalkan kelab dengan persetujuan bersama pada bulan lalu.

Bagaimanapun, United mendapat kecaman selepas pengendalian mereka ke atas kes Greenwood. Kedua-dua kes tersebut semakin membebankan The Red Devils ketika permulaan liga.

Dalam masa yang sama, Kelurga Glazer dilapor masih kekal sebagai pemilik kelab itu selepas tawaran pemilikan gagal menarik dan memenuhi permintaan mereka.

Bagaimanapun, kemunculan isu terbaru berhubung pemain berusia 23 tahun itu kini menjadi topik hangat diperkatakan dalam hierarki kelab itu.

Disisihkan dari Skuad Kebangsaan Brazil  

Gambar: GLYN KIRK/AFP

Terdahulu, Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) dalam satu kenyataan berkata pemain itu telah digantung daripada skuad kebangsaan bagi melindungi mangsa,  pasukan dan persatuan.

Pun begitu, Antony menafikan telah menyerang teman wanitanya secara fizikal dalam satu kenyataan di Instagram pada Isnin lalu. Katanya, dia merupakan mangsa tuduhan palsu.

Isu itu muncul selepas akhbar Brazil menyiarkan mesej WhatsApp yang mendakwa pemain United itu mengancam bekas teman wanitanya. Tambahan lagi, dalam satu perbualan yang diterbitkan media Brazil, wanita terbabit berkata Antony perlu memohon maaf atas perlakuannya terhadap serangan itu.

Bekas teman wanitanya turut mendedahkan satu gambar yang memaparkan kesan luka di bahagian kepala.

Sementara itu, siasatan berhubung kes itu masih dijalankan sehingga kini.

BACA JUGA: Kes Disiasat Polis, Brazil ‘Gantung’ Penyerang Sayap MU, Antony Dari Skuad Kebangsaan

Pemain sayap itu mula menyertai kelab tersebut pada tahun lalu dengan nilai perpindahan sebanyak 102 juta dollar Amerika (RM 476 juta).

Bagaimanapun, selepas berpindah dari Ajax, pemain itu tampak bergelut dengan prestasinya apabila menjaringkan hanya lapan gol dalam 48 perlawanan.

Kes Mason Greenwood

Terdahulu, pemain sayap kanan United, Mason Greenwood, 21, telah berdepan pertuduhan gangguan seksual dan serangan ke atas teman wanitanya pada Januari 2022.

Bagaimanapun, pendakwa raya mengumumkan bahawa kes itu telah digugurkan selepas saksi utama menarik diri dan bukti baharu terbongkar.

Difahamkan, pada awalnya kelab tersebut mahu mengekalkan pemain itu namun mendapat bantahan daripada awal dengan siasatan dalaman juga dilakukan selama enam bulan.

Berikutan itu, Greenwood telah menyertai kelab Sepanyol, Getafe secara pinjaman.

Sumber: AFP 

The post Kes Antony Letakkan Man United Dalam Tekanan, Ramai Menanti Tindakan Yang Bakal Diambil appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*