Pensyarah kolej rugi RM21,939 terpedaya tawaran kerja sambilan

KUANTAN – Seorang pensyarah kolej berputih mata selepas kesemua wang simpanannya sebanyak RM21,939 lesap selepas dia terpedaya tawaran kerja sambilan dalam talian.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kejadian bermula pada 1 Januari lalu selepas mangsa yang merupakan wanita berusia 30 tahun menyertai satu iklan di sebuah laman sosial.

Katanya, mangsa kemudiannya dikehendaki membuat satu projek dengan 10 tugasan bagi mendapat komisyen sebanyak 0.38 peratus.

“Mangsa telah berurusan melalui aplikasi WhatsApp dan satu pautan dalam talian untuk melaksanakan tugasan yang diberikan oleh suspek.

“Setelah berbincang dengan suspek, mangsa telah memindahkan RM300 ke akaun bank yang diberikan oleh suspek dan memperolehi pulangan sebanyak RM350.

“Dengan keuntungan sebanyak RM50 yang diterima, mangsa mula percaya dan membuat sembilan kali pindahan wang ke dua akaun bank yang berlainan,” katanya.

Ramli berkata, akibat daripada itu, mangsa dikatakan telah menggunakan wang simpanan sendiri untuk kesemua transaksi yang dibuat.

“Pihak Polis Kontinjen Pahang menasihatkan serta menegaskan agar masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman media sosial yang menjanjikan pulangan yang lumayan.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima di pautan terlebih dahulu sebelum https://semakmule.rmp.gov.my/ membuat sebarang transaksi,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

The post Pensyarah kolej rugi RM21,939 terpedaya tawaran kerja sambilan appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*