Kes Bunuh Zayn Rayyan: Ada ‘Pergerakan’ Dikesan Di Dashcam, Sama Ada Individu Atau Objek

kes zayn pergerakan dashcam

Kes Bunuh Zayn Rayyan: Ada ‘Pergerakan’ Dikesan Di Dashcam, Sama Ada Individu Atau Objek

Polis mengesahkan terdapat pergerakan dikesan semasa melakukan analisis beberapa rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) pemilik kenderaan di Apartmen Idaman, Damansara di Petaling Jaya, lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, bagaimanapun pergerakan itu tidak dipastikan sama ada ia merupakan individu atau objek lain.

Hussein berkata pihaknya pada ketika ini masih melakukan semakan lanjut terhadap dashcam pemilik kenderaan di kawasan perumahan tersebut.

“Semakan ‘dashcam’ ini kita masih jalankan, ada pergerakan namun kita masih meneliti lebih lanjut rakaman berkenaan.

“Bagaimanapun, kita tidak dapat dedahkan secara lanjut hasil analisa berkenaan, sama ada individu atau penduduk, kita sedang analisa lebih lanjut,” katanya pada Selasa.

Beliau berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), turut berusaha mengepam air keluar takungan air berdekatan anak sungai yang menjadi lokasi penemuan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Jelasnya, usaha tersebut dilaksanakan untuk mencari sebarang petunjuk dan bukti baharu berkaitan kes itu.

“Setakat ini belum terdapat sebarang penemuan baharu, namun usaha tetap dijalankan bagi membantu siasatan berkaitan kes ini,” ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan operasi menyedut air di anak sungai berhampiran lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan terpaksa ditangguhkan berikutan hujan lebat hari ini.

Memetik Astro Awani, kira-kira pada jam 2.30 petang, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Sungai Buloh didapati meninggalkan tempat tersebut.

Turut kelihatan alat mengepam air yang dipercayai digunakan dalam misi berkenaan dibawa bersama anggota.

Difahamkan, operasi menyedut air itu merupakan salah satu usaha dalam mencari bukti baharu bagi mengesan pembunuh Zayn Rayyan yang memasuki hari keenam siasatan.

Sumber: Sinar Harian

The post Kes Bunuh Zayn Rayyan: Ada ‘Pergerakan’ Dikesan Di Dashcam, Sama Ada Individu Atau Objek appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*