Lelaki Pukul Pemandu Lori Guna “Helmet” Berjaya Ditahan Polis

pukul pemandu lori guna helmet

Lelaki Pukul Pemandu Lori Guna “Helmet” Berjaya Ditahan Polis

Seorang lelaki yang dilaporkan memukul seorang pemandu lori dengan topi keledar di Plaza Tol Tanjung Kupang, pada awal pagi Rabu lalu berjaya ditahan polis, lapor Astro Awani.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kejadian berlaku sekitar 6.15 pagi selepas pemandu lori berkenaan menegur suspek.

Suspek ditegur kerana didakwa menggunakan lorong (laluan) sama yang digunakan pemandu lori tersebut.

Tambah Rahmat, suspek bagaimanapun kemudiannya beredar setelah ditarik oleh seorang wanita yang dipercayai isterinya.

“Video kejadian berdurasi 28 saat itu tular di media sosial. Video tersebut memaparkan suspek bertindak memukul pemandu lori berkenaan dengan topi keledar di plaza tol berkenaan.

“Suspek ditahan sekitar jam 2 petang pada Jumaat oleh unit peronda Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Iskandar Puteri,” katanya.

Dalam penahanan tersebut, polis turut menemui peket dadah jenis methamphetamine dan hasil ujian air kencing ke atas suspek juga didapati positif.

Siasatan lanjut polis mendapati suspek berusia dalam lingkungan 50-an tersebut tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat). Jika didapati bersalah suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kanak-Kanak Enam Tahun Pandu Kereta Sehingga Terbabas Dedah Belajar Cara Memandu Dari YouTube

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang memandu sebuah kereta sebelum terlibat dalam kemalangan di Langkawi pada Selasa lalu. Kanak-kanak itu dikatakan telah mempelajari cara memandu dari YouTube, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, perkara itu telah diakui sendiri oleh kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak itu mendedahkan bahawa dia tahu cara membawa kereta dengan melayari YouTube serta melihat cara pemanduan bapanya.

Siasatan turut mendapati bahawa tiada simulator yang digunakan untuk kanak-kanak itu berlatih memandu di rumahnya.

“Mengenai video tular mendakwa kanak-kanak tersebut berlatih menggunakan simulator di rumah, siasatan pihak polis mendapati tidak ada simulator di rumahnya.

“Gambar tular tersebut bukan gambar kanak-kanak yang memandu kereta Vios sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sumber: Astro Awani

The post Lelaki Pukul Pemandu Lori Guna “Helmet” Berjaya Ditahan Polis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*