Kes Covid-19 Meningkat 57.3 Peratus Pada 19 November Hingga 25 November

covid-19 meningkat 57.3 peratus

Kes Covid-19 Meningkat 57.3 Peratus Pada 19 November Hingga 25 November

Sebanyak 3,626 kes harian baharu Covid-19 dilaporkan untuk tempoh tujuh hari pada Minggu Epidemiologi ke-47 (ME 47/2023) iaitu 19 November hingga 25 November lepas, meningkat hampir 57.3 peratus berbanding 2,305 kes yang direkodkan pada minggu lepas.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata majoriti kes iaitu 48 peratus adalah daripada golongan berumur 20 hingga 40 tahun manakala lebih 98 peratus hanya bergejala ringan.

“Kes mingguan Covid-19 dikesan telah melepasi angka 1,000 kes pada setiap minggu sejak ME 41/2023 hingga ME 47/2023 dengan kadar peningkatan antara 7.1 hingga 57.3 peratus.

“Walaupun terdapat peningkatan kes Covid-19 dicatatkan, namun keadaan adalah terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada,” katanya dalam kenyataan.

Difahamkan juga, jumlah kumulatif kluster yang dilaporkan sehingga ME 47/2023 adalah sebanyak 7,248 dan majoriti kluster yang dilaporkan adalah kluster pendidikan.

“Kadar kemasukan pesakit Covid-19 termasuk dengan yang disyaki telah meningkat kepada 2.9 bagi setiap 100,000 penduduk pada ME 47/2023 berbanding minggu sebelumnya,” katanya.

BACA: Remaja Cuba Rompak Pemandu E-Hailing Mengaku Tidak Bersalah

Beliau berkata pada ME 47/2023, pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 0.4 peratus, manakala pengisian katil bukan kritikal COVID-19 (0.9 peratus) dan pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) kekal pada 0.2 peratus.

Dr Muhammad Radzi berkata sebanyak empat varian Omicron baharu dilaporkan yang kesemuanya terdiri daripada varian membimbangkan (VOC).

Jelasnya, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian mempunyai kepentingan (VOI) ialah 28,102 kes dengan 27,297 kes merupakan VOC, manakala 805 kes VOI.

Bagi VOC, 72.8 peratus terdiri daripada varian Omicron, diikuti 26.3 peratus varian Delta dan selebihnya varian Beta dan Alpha.

Sementara itu bagi kes VOI, 785 kes (97.5 peratus) currently circulating VOI (519 kes XBB.1.16 dan sublineages, 251 kes XBB.1.5 dan sublineages, serta 15 kes EG.5 dan sublineages) telah dilaporkan.

Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini melaporkan peningkatan varian BA.2.86 yang pertama kalinya dilaporkan pada 24 Julai lepas dan diklasifikasikan sebagai VOI.

Sehingga kini terdapat 46 negara melaporkan varian BA.2.86, tetapi tiada perubahan dari segi klinikal dan keterukan disebabkan varian tersebut.

Bagaimanapun, dua kes varian Omicron baharu BA.2.86 dilaporkan pada ketika ini, kedua-dua kes dirawat sebagai pesakit luar dan dalam keadaan stabil.

Sumber: @KKMPutrajaya/Twitter

The post Kes Covid-19 Meningkat 57.3 Peratus Pada 19 November Hingga 25 November appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*