Dalam Islam, Adakah Dibenarkan Untuk Hias Kubur? Ini Penjelasan UAI Berkaitan Hukumnya

hukum hias kubur

Dalam Islam, Adakah Dibenarkan Untuk Hias Kubur? Ini Penjelasan UAI Berkaitan Hukumnya

Ekoran zaman semakin canggih, maka kehidupan juga lebih berwarna berbanding dahulu di mana hidup hanyalah berdasarkan pemerhatian di hadapan mata dan bukannya merujuk kepada media sosial.

Susulan zaman kini yang dikatakan semakin ‘terbuka’, ada segelintirnya yang memandang enteng tentang perkara melibatkan agama dan tidak mempunyai sensitiviti terhadap perkara itu.

Sebagai contoh, menghiasi kubur kerana mahu terlihat cantik. Tetapi mengikut syariat Islam adakah ia dibenarkan? Adakah umat Islam boleh menghiasi kubur dengan niat supaya ia ‘sedap mata memandang’?

Oleh itu, ikuti penulisan yang disediakan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) supaya kita sama-sama mengetahui hukum hiasi kubur dalam Islam.

Hukum Hias Kubur

Kredit: Ustaz Azhar Idrus/Facebook

Soalan:

Akhir-akhir ini banyak kita lihat orang-orang menghias kubur sedara mereka yang telah meninggal dunia seperti dibina binaan yang cantik-cantik atau disapu cat dan atau meletakkan batu nisan yang mahal harganya atau seumpamanya.

Adakah dibolehkan menghias kubur seperti ini?

Jawapan:

Membuat binaan tanpa sebab di atas kubur yang diwakafkan adalah bida’ah yang dilarang dengan larangan haram seperti membina rumah atas kubur tersebut atau diletakkan simen konkrit atau batu marmal yang besar dan mahal atau lainnya.

Ada pun meletakkan kurungan empat persegi sama ada yang diperbuat daripada kayu atau lainnya jika bertujuan mengelakkan dari digali oleh haiwan atau dilangkah atau dipijak orang akan kubur dengan syarat tidak ditanam ke dalam tanah sebahagiannya dan lagi tidak bersaiz besar sehingga mengambil ruang tanah yang lebih tanah kosong yang sepatutnya digunakan untuk mayat yang lain maka setengah fuqahak mengharuskannya.

Begitu juga dilarang menyapu cat dengan tujuan berhias kerana tidak disuruh oleh syarak menghias kubur melainkan kerana supaya dilihat bersih maka dibolehkan oleh setengah ulamak dengan tidak ada tujuan perhiasan dan tidak berlebih-lebihan.

Berkata Syeikh Umairah:

قال الأئمة: وحكمة النهي التزيين أقول: وإضاعة المال لغير غرض شرعي

Ertinya : “Para imam mazhab berkata bermula hikmah dilarang berhias ialah kerana membazirkan harta cara yang sia-sia tanpa tujuan yang dibenarkan syarak.” (Hasyiah Umairah)

Tersebut pada kitab Al-Fiqh ala Mazahib Al-Arba’ah :

يكره أن يبنى على القبر إذا لم يقصد بها الزينة والتفاخر وإلا كان ذلك حراما

Ertinya: “Dimakruhkan buat binaan atas kubur apabila tiada tujuan berhias dan berbangga-bangga. Dan jika bertujuan menghias kubur dan berbangga-bangga nescaya adalah hukumnya itu haram.”

Kesimpulan

Hukum membuat binaan atas kuburan adalah bida’ah yang dilarang melainkan kerana hajat seperti apabila kubur itu tidak dikepung maka akan dipijak orang atau jika tidak diletakkan simen di atasnya akan digali oleh haiwan buas maka diharuskan oleh setengah fuqahak dengan syarat tidak ditanam dan kecil serta ringan supaya mudah dialihkan ketika perlu.

Syariat sama sekali tidak menyuruh menghiasi kuburan dan membazir kepada perkara yang tidak bermanfaat sedikit pun kepada mayat.

Mengecat kubur seperti nisannya dengan pelbagai warna dengan tujuan perhiasan adalah dilarang melainkan dengan tujuan supaya nampak bersih dan tidak dengan tujuan berhias.

Adalah satu keobodohan yang amat nyata apabila ibu bapa masih hidup tidak dibaiki rumah mereka dan tidak dihias tempat mereka tinggal tetapi setelah mereka mati berlumba-lumba membuat binaan kubur dan nisan yang mahal-mahal supaya kelihatan cantik.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus/Facebook

The post Dalam Islam, Adakah Dibenarkan Untuk Hias Kubur? Ini Penjelasan UAI Berkaitan Hukumnya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*