Kesihatan TG Haji Abdul Hadi Awang Sedikit Merosot, Anak Mohon Doakan Kesembuhan

kesihatan tuan guru haji hadi merosot

Kesihatan TG Haji Abdul Hadi Awang Sedikit Merosot, Anak Mohon Doakan Kesembuhan

YB Muhammad Khalil Abdul Hadi, anak kepada Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memaklum kesihatan ayahnya sedikit merosot dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Muhammad Khalil berkata demikian dalam satu hantaran facebook yang dibuat sebentar tadi.

“Kesihatan Ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha dan kini sedang menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital,” katanya.

Menurutnya lagi, kehadiran ayahandanya ke pelancaran jentera pilihanraya DPPN Terengganu tempoh hari sudahpun dalam keadaan keuzuran. Walaubagaimanapun, Tuan Guru tetap menggagahkan diri untuk menghadiri program tersebut.

Justeru, Muhammad Khalil turut memohon orang ramai mendoakan kesihatan ayahandanya supaya segera sembuh.

“Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada Ayahanda Tuan Guru, berkat doa yang dipanjatkan oleh kita semua,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau tidak berkongsi lebih lanjut mengenai masalah kesihatan yang dihadapi dan lokasi hospital dimana Tuan Guru kini sedang menerima rawatan.

BACA: Wanita Hilang Kaki Selepas Terjatuh Di Travelator Lapangan Terbang Bangkok

Sumber: Facebook Muhammad Khalil Abdul Hadi

The post Kesihatan TG Haji Abdul Hadi Awang Sedikit Merosot, Anak Mohon Doakan Kesembuhan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*