Ketahui Jenis Ubat-ubatan Yang Perlu “Standby” Di Rumah Anda

ubat standby rumah

Ketahui Jenis Ubat-ubatan Yang Perlu “Standby” Di Rumah Anda

Kadang-kadang sesuatu perkara yang menimpa diri berlaku di luar jangkaan, sebagai contoh sakit yang datang secara tiba-tiba, kemalangan, kematian dan perkara yang lain.

Biarpun perkara itu datang tanpa pengetahuan, namun tidak salah untuk kita melakukan persiapan sebagai tanda untuk mencegah ia menjadi lebih parah.

Walaupun perkara tersebut berada di luar kawalan, bagaimanapun ia adalah lebih baik untuk melakukan persediaan awal supaya tidak panik jika situasi tersebut berlaku.

Sebagai contoh, menyediakan ubat-ubatan di dalam rumah. Walaupun mengakui diri tidak mudah untuk jatuh sakit, namun perkara yang tidak dijangka ini selalunya akan berlaku secara mendadak.

Lebih-lebih jika ia adalah musim penyakit itu merebak, seperti sakit tekak, demam, Coronavirus dan sebagainya.

Apabila diri berada dalam keadaan sakit, pastinya semua aktiviti akan tertangguh. Kadang-kadang itu, nak pergi klinik rasa terseksa dan tidak berdaya.

Oleh itu, sementara masih sihat, sediakanlah ubat-ubatan yang perlu di dalam rumah.

Hal ini juga membantu diri untuk berdikari jika anda tinggal bersendirian.

Pun begitu, bagi mengenal pasti ubat mana yang sesuai untuk disimpan di rumah, mari ikuti perkongsian yang dibuat oleh @dr_luq di TikTok.

Dalam satu video, dia membuat perkongsian mengenai ubat yang perlu diletakkan di dalam rumah sebagai siap siaga jika diri berada dalam keadaan tidak baik.

BACA: Tempoh Kempen Dah Mula, Ketahui Kesalahan-Kesalahan Semasa Berkempen Yang Perlu Dielakkan

Sediakan ubat-ubatan ini di rumah anda

  • Ubat demam (paracetamol)
  • Ubat batuk (bromhexine dan benadryl)
  • Ubat selesema (loratadine dan piriton)
  • Ubat tahan sakit (voltaren)
  • Ubat cirit-birit (loperamide dan charcoal)
  • Ubat sakit perut (hyoscine ataupun buscopan),
  • Ubat sembelit (lactulose)
  • Ubat muntah (dimenhydrinate ataupun maxolon)
  • Ubat gatal (certirizine)

Dengan melakukan penyediaan awal, kemungkinan ia dapat mencegah sesuatu penyakit itu menjadi lebih parah.

Jadi, tidak salahkan untuk melakukan persediaan awal? Semoga bermanfaat.

Saksikan video penuh di bawah ini.

@dr_luq

Ada tak ubat ubat ni standby kat rumah? #drluq #TipsKesihatan #Ubat #InfoKesihatan #Medicine #ubattahansakit #UbatDemam #ubatbatuk #ubatselsema #ubatmuntah #ubatgatal #ubatsembelit

♬ original sound – yulettayucha – yulettayucha

Sumber: @dr_luq/TikTok

BACA: Tak Semua Orang Sesuai Makan, Ketahui Khasiat Buah “Donut Peach” Yang “Viral”

The post Ketahui Jenis Ubat-ubatan Yang Perlu “Standby” Di Rumah Anda appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*