Khairul Aming Hantar LOD Kepada Peniaga Didakwa Ciplak Sambal Nyet

Khairul Aming ambil tindakan

Khairul Aming Hantar LOD Kepada Peniaga Didakwa Ciplak Sambal Nyet

Khairul Aming (KA) hari ini mengeluarkan satu kenyataan berhubung isu satu jenama sambal yang didakwa menciplak produknya, Sambal Nyet Berapi.

Kenyataan itu dibuat KA menerusi satu hantaran video di laman X miliknya sebentar tadi.

Menerusi video perkongsian tersebut, KA memaklumkan bahawa beliau sedia maklum tentang penjualan produk ciplak tersebut.

Susulan itu, pihaknya berjaya mengenal pasti peniaga yang terlibat serta beberapa maklumat lain melibatkan isu tersebut.

Lapan tuntutan akan dibuat kepada penjual produk ciplak

“Kami telah mengenal pasti penjual dan peguam kami telah menyerahkan Surat Tuntutan Infringement of Intellectual Property Rights and Passing Off.

“Ada lapan tuntutan yang kita telah senaraikan dan jika mereka gagal penuhi kesemua tuntutan tersebut kita akan bawa kes ini ke peringkat seterusnya,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa cap dagang dan jenama Sambal Nyet Berapi sudah pun didaftarkan dengan MyIPO.

“Sambal Nyet telah didaftarkan trademark di MyIPO dan telah diluluskan pada tarikh 2 Nov 2021,” kata KA lagi.

Dalam pada itu, KA turut berkongsi bahawa beliau sebelum ini pernah berhadapan dengan isu produknya diciplak, tiga tahun lepas.

Di akhir video tersebut, KA juga sempat menitipkan pesanan kepada orang ramai, khususnya kepada mereka yang mahu memulakan perniagaan.

“Jual produk dengan menggunakan identiti sendiri dan bina jenama anda sendiri.

“Saya selalu beri sokongan kepada peniaga kecil tapi berniagalah dengan cara yang beretika dan berhemah. Jangan aniaya orang ramai macam ini,” katanya lagi.

Di kesempatan itu, KA turut menggalakkan peniaga-peniaga yang menjual produk sendiri agar mendaftar hak cipta produk masing-masing.

Terdahulu, media sosial kecoh seketika dengan kemunculan satu jenama sambal yang didakwa mirip dengan jenama Sambal Nyet Berapi.

Malah, pembungkusan sambal jenama tersebut juga dikatakan mirip dengan pembungkusan Sambal Nyet Berapi seperti warna pelekat dan fon yang digunakan.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: X/Khairul Aming

The post Khairul Aming Hantar LOD Kepada Peniaga Didakwa Ciplak Sambal Nyet appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*