Jenazah Legenda Bola Sepak Negara Selamat Dikebumikan

Jenazah Legenda Bola Sepak Negara Dikebumikan

Jenazah Legenda Bola Sepak Negara Selamat Dikebumikan

TAIPING, 28 Dis (Bernama) — Jenazah legenda bola sepak negara, Shaharuddin Abdullah, 75, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kamunting, kira-kira 2.30 petang tadi.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Surau Nurul Hidayah Kampung Bukit Jana selepas solat zuhur yang diimamkan sendiri cucu Allahyarham, Azizul Hakim Azizul Aswad, 15.

Urusan  pengebumian selesai pada 3 petang yang turut dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga, sahabat handai dan para peminat bola sepak tempatan.

Turut membantu kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Penjara Malaysia Taiping.

Shaharuddin yang pernah mewakili Malaysia dalam Sukan Olimpik Munich 1972 bersama pasukan Harimau Malaya, terkenal dengan julukan ‘The Black Cat’ dan ‘Sharpshooter’ meninggal dunia di Hospital Taiping, Perak pada 5.15 pagi tadi.

Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan pada Ahad lepas akibat asma.

Allahyarham merupakan adik kepada seorang lagi legenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Namat Abdullah yang turut mewakili Malaysia dalam Sukan Olimpik Munich 1972 bersama pasukan Harimau Malaya.

Allahyarham meninggalkan tujuh orang anak dan dua daripadanya, Shafiq, 29, dan Shahwan, 28, mengikut jejaknya bermain bola sepak.

Anak jati Bagan Dalam, George Town, Pulau Pinang itu merupakan antara watak penting dalam sejarah bola sepak negara menyarung jersi Harimau Malaya sekitar 1968 hingga 1981 dan pernah meraih gangsa dalam Sukan Asia 1974 di Teheran Iran.

Selain mengharumkan nama negara, Shaharuddin juga merupakan antara wira yang membawa pulang Piala Malaysia ke Pulau Mutiara pada 1974 ketika menumbangkan Perak 2-1 selepas kali terakhir memenangi piala terbabit 1958.

BACA: Lama Perhati, Kenapa Tayar Kenderaan Ada ‘Rambut’? Ini Puncanya

Sumber: Bernama

The post Jenazah Legenda Bola Sepak Negara Selamat Dikebumikan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*