Khairul Aming Sambut Birthday Ke-31, Wajah Di Kek Bikin Terhibur

kek birthday khairul aming

Pempengaruh media sosial, Khairul Aming (KA) hari ini menyambut ulang tahun yang ke-31 sekali gus menjadikan genap setahun beliau memasuki siri yang ke-30 dalam kehidupannya.

Menerusi satu hantaran di Facebook, KA memuat naik satu hantaran beliau mengucapkan ucapan hari lahir kepada dirinya sendiri.

Bagaimanapun apa yang lebih menarik perhatian, beliau turut mengepilkan gambar kek yang memaparkan lukisan mukanya yang pernah tular pada tahun-tahun sebelum ini.

“Selamat hari jadi yang ke-31 wahai Khairulaming,” memetik kapsyen itu.

Difahamkan lukisan itu adalah reaksi sebenar wajahnya semasa terkejut melihat jualan air tangannya, Sambal Nyet Berapi ‘laku keras’ di platform Shopee satu ketika dahulu.

Beliau juga sempat menangkap gambar bersama kek itu, berserta trofi yang diterima semasa dinobatkan sebagai pemenang kategori Creator Of The Year pada TikTok Awards Malaysia 2023.

Hantaran itu kemudiannya mendapat perhatian orang ramai, di mana rata-rata warga maya mengambil peluang mengucapkan selamat ulang tahun kepadanya.

Mereka kemudiannya menghujani ucapan tersebut di ruangan komen dan kebanyakannya mendoakan pempangaruh itu dimurahkan rezeki selain dipanjangkan usianya.

“Selamat hari lahir buat Khairul Aming, semoga diberikan kesihatan yang sihat dimurahkan rezeki dan dimudahkan segala urusan di dunia dan akhirat,” komen warga maya.

“Selamat ulang tahun ke-31 abang Khairul Aming, terima kasih atas ilmu perkongsian masakan, business, kata-kata semangat dalam kehidupan, nasihat yang baik dan lain-lain.

“Saya doakan semoga abang Khairul Aming diperluaskan rezeki, dipanjangkan umur, dipermudahkan segala urusan, di berkati kehidupan, berjaya sentiasa, selamat dunia dan akhirat,” doa netizen.

BACA: “Simple” Dan Cepat, Khairul Aming Kongsi Cara Buat Kuetiau Ladna Gaya Bujang

Bulan lalu, KA telah memenangi Creator Of The Year pada TikTok Awards Malaysia 2023.

KA kemudiannya mengambil peluang memberi ucapan berguna kepada orang ramai lebih-lebih lagi golongan anak-anak muda yang sedang berjinak dalam dunia pencipta kandungan.

“Saya nak ambil kesempatan ini untuk bagi satu ucapan kepada anak-anak muda di luar sana, yang nak jadi content creator, adik-adik yang masih bersekolah teruskan pembelajaran.

“Walaupun awak nak jadi content creator, awak kena ingat jadi content creator ini bukan sekadar untuk viral.

“Untuk relevan lama dalam industri awak perlukan banyak pengetahuan, critical thinkingproblem solving ada adab ada common sense.

“Jadi habiskan pembelajaran dan jadilah pelapis content creator yang bagus yang boleh majukan negara kita Malaysia,” ujarnya.

Sumber: Khairul Aming/Facebook

The post Khairul Aming Sambut Birthday Ke-31, Wajah Di Kek Bikin Terhibur appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*