Kenapa Hari Keputeraan Agong Tidak Sama Dengan Hari Kelahiran Baginda? Ini Penjelasannya

hari keputeraan agong

Kenapa Hari Keputeraan Agong Tidak Sama Dengan Hari Kelahiran Baginda? Ini Penjelasannya

Hari ini (5 Jun 2023) merupakan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kemungkinan ramai yang berfikir hari ini merupakan hari kelahiran baginda. Walau bagaimanapun, menurut laman web Istana Negara, tarikh keputeraan atau kelahiran Baginda jatuh pada 30 Julai 1959, iaitu pada bulan hadapan.

Kenapa Hari Keputeraan Rasmi YDPA tidak sama dengan hari kelahiran YDPA yang sebenar? Dan mempunyai dua tarikh bagi hari keputeraan?

Bagi menjawab pertanyaan tersebut, Sir Syahmi (@sirsyahmi92) yang merupakan cikgu sejarah menerangkan dalam satu video pendek di laman TikTok beliau.

Menurutnya, tradisi Hari Keputeraan Rasmi YDPA ini sebenarnya berasal dari dari King’s Official Birthday di Britain, iaitu Raja George II.

Untuk rekod, Raja George II merupakan seorang yang sangat fanatik dengan perkara yang melibatkan ketenteraan.

Kredit: @AymanRashdanW/Twitter

Pernah juga, beliau mencapai kemenangan dalam Perang Dettingen di Jerman pada tahun 1743 selepas memimpin ketenteraannya, menurut Ayman Rashdan Wong.

Kemudian, selepas lima tahun kemenangan di Dettingen, Raja George II mahu melakukan perarakan tentera untuk menunjukkan barisan ketenteraannya.

“Apabila suka berperang, beliau suka nak tunjukkan tenteranya oleh sebab itu dia mahu melakukan perbarisan.

“Cuma pada waktu itu, Raja George II mahu memilih tarikh untuk menunjukkan perbarisan itu pada hari lahirnya.

“Tetapi hari lahirnya pada bulan November dan pada waktu itu musim sejuk. Apabila musim sejuk ia tidak sesuai untuk melakukan kawad kaki,”  jelas Sir Syahmi.

Kredit: @AymanRashdanW/Twitter

Disebabkan itu, Raja George II memilih satu bulan pada musim panas iaitu pada bulan Jun untuk menyambut hari keputeraannya.

Perarakan itu kemudian dinamakan sebagai Trooping the Colour, yang merujuk kepada warna panji-panji tentera yang berarak.

Tambah Sir Syahmi, Malaysia turut melakukan hari keputeraan mengikut istiadat Raja George II.

Isnin pertama Jun

Kredit: BERNAMA

“YDPA pilih pada bulan enam, hari isnin minggu pertama. Itulah hari keputeraan sebenarnya, iaitu untuk mempamerkan perarakan tentera,” ujarnya.

Sejak kemerdekaan, Malaysia telah menyambut Hari Keputeraan Rasmi YDPA pada Rabu pertama Jun, namun pada tahun 1992, ia disambut pada Sabtu pertama Jun.

Tidak lama selepas itu, Hari Keputeraan Rasmi YDPA ditukar lagi kepada 9 September semasa zaman DYMM SPB Sultan Muhammad V.

Pada tahun 2020, sekali lagi dipinda kepada Isnin pertama Jun sehingga sekarang.

Perarakan tentera itu dipanggil sebagai Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda YDPA di mana panji-panji Rejimen Askar Melayu, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia akan diarak.

@sirsyahmi92

#tiktokguru #jombelajar #mcplus #learnontiktok

♬ Instrumen Melayu – Andijul maruf

Sumber: @sirsyahmi92/TikTok, Istana Negara, Ayman Rashdan Wong

BACA:  839 Terima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Agong

The post Kenapa Hari Keputeraan Agong Tidak Sama Dengan Hari Kelahiran Baginda? Ini Penjelasannya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*