“Kita Jumpa Lagi Nanti..,” Berkhidmat Untuk Rakyat, Detik-Detik Terakhir Sebelum Salahuddin Dimasukkan Ke Hospital

detik terakhir salahuddin

“Kita Jumpa Lagi Nanti..,” Berkhidmat Untuk Rakyat, Detik-Detik Terakhir Sebelum Salahuddin Dimasukkan Ke Hospital

Mengenang pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pada malam semalam.

Jasa dan pengorbanan beliau dalam arena politik tanah air juga tidak ternilai. Apatah lagi beliau seorang yang baik hati, peramah dan berjiwa rakyat.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang besar baik dalam kancah politik mahupun komuniti.

Mengimbau jasa Salahuddin sebelum dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada 10.15 malam Jumaat lalu,  Salahuddin masih sempat turun padang mendekati rakyat di lokasi pasar pagi (Pekan Nat) di Kedah.

Tak Sihat Pun Masih Ambil Berat Dengan Rakyat

Lawatan tersebut juga dikongsikan beliau menerusi ciapan di laman Twitter rasmi miliknya.

“Singgah pi market sat tadi borak-borak dengan warga Kedah di Pekan Nat.

“Elok tengok semua barang basah semua fresh. Harga pun berpatutan.

“Terima kasih lah semua naa. Kita jumpa lagi nanti,” tulisnya dalam satu ciapan.

Sementara itu, dalam satu perkongsian video oleh @oonjaafar_ di TikTok menunjukkan wajah ceria Allahyarham yang sempat menyantap durian bersama rakan-rakan di sebuah pondok di negeri Jelapang Padi itu pada hari yang sama.

@onnjaafar_

Wajah ceria sahabatku 3jam sebelum dimasukkan ke hospital sultanah bahiyah,alor setar 🥲 Mohon semua doakan YB @Salahuddin Ayub sihat seperti sedia kala 🤲 #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #salahuddinayub

♬ Sholawat Syifa Doa – Novi Ayla

I am Minister you know. Sampai bila tu?” – Salahuddin

Sementara itu, dalam satu Townhall Pesta Konvokesyen 2023 Universiti Utara Malaysia (UUM) yang dihadirinya, beliau berpesan untuk sentiasa merendah diri meskipun memegang jawatan tinggi.

BACA JUGA: Salahuddin Ayub Meninggal Dunia

“Bagi saya senang sahaja, jadi menteri ni atau jadi apa pun. Kita kena ingat, kita pegang jawatan ni sampai bila?

“Saya tadi turun tuan-tuan nampak ada kereta rasmi, ada bodyguard, ada driver dan pada harini tak kurang 7 orang pegawai khas saya.

“Sampai bila tu? Cuba fikir balik sampai bila tu? Sampai kiamat?

“Sampai bila saya nak berlagak I am a minister you know. Boleh macam itu?

“Jadi apa pun jawatan kita pegang pada hari ini sedarlah ia hanya sementara,” nasihatnya.

Sumber: Twitter Salahuddin Ayub, Twitter Azli YusofTikTok @oonjaafar_

The post “Kita Jumpa Lagi Nanti..,” Berkhidmat Untuk Rakyat, Detik-Detik Terakhir Sebelum Salahuddin Dimasukkan Ke Hospital appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*