KKM Sahkan Insiden Keracunan Makanan Di SK Cyberjaya

kkm Keracunan Makanan SK Cyberjaya

KKM Sahkan Insiden Keracunan Makanan Di SK Cyberjaya

CYBERJAYA, 31 Julai (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan berlaku insiden keracunan makanan melibatkan 24 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya di sini pada 27 Julai lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata 24 murid itu mengalami simptom keracunan makanan seperti cirit-birit dan sekarang telah sembuh serta kembali bersekolah.

BACA JUGA: Minum Campuran Air Berkarbonat Dan ‘Spirit’: 20 Pelajar Keracunan Metanol Di Pitas

“Mereka telah mendapat rawatan di klinik swasta berdasarkan siasatan yang kita jalankan,” katanya tanpa mendedahkan sama ada sumber makanan daripada kantin membawa kepada punca keracunan makanan itu.

Laporan sebuah akhbar tempatan semalam mendakwa lebih 50 pelajar SK Cyberjaya mengalami simptom keracunan makanan seperti muntah dan cirit-birit selepas menjamah nasi lemak dan ayam goreng di kantin sekolah berkenaan.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Malaysia Suicide Awareness Voice of Hope’ (MySAVE) di sini hari ini, Lukanisman  berkata siasatan sedang dijalankan mengikut peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) termasuk menutup kantin sekolah berkenaan sehingga 10 Ogos.

Sumber: BERNAMA

The post KKM Sahkan Insiden Keracunan Makanan Di SK Cyberjaya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*