Penyanyi Rap & Penulis Lagu Terkenal Dunia, August 08 Meninggal Dunia

august 08 meninggal dunia

Penyanyi Rap & Penulis Lagu Terkenal Dunia, August 08 Meninggal Dunia

Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, August 08 dilaporkan meninggal dunia pada usia 31 tahun, lapor The Sun UK.

August 08 atau nama sebenarnya, Ray Davon Jacobs meninggal dunia pada 28 Ogos lepas, namun berita kematiannya hanya dimaklumkan sehari kemudian.

”Mendiang mengembara ke seluruh dunia dan menyentuh hati jutaan manusia melalui muzik. Saya berbangga memiliki adik sepertinya.

”Saya menyeru anda semua supaya terus mendengar karya-karya mendiang dan berkongsi kehebatannya dengan semua orang.” kata kakaknya.

Selain itu, syarikat rakaman yang menaungi mendiang, Def Jam Records turut berkongsi berita duka tersebut.

”Seluruh ahli keluarga Def Jam berduka dengan pemergian mendiang. Seorang penyanyi, penulis lagu dan pemuzik yang serba boleh.

”Mendiang akan sentiasa berada dalam ingatan kami semua. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga terdekatnya,” kata Def Jam.

Punca kematian mendiang tidak didedahkan.

Selain menjadi penyanyi, mendiang juga amat terkenal sebagai seorang penulis lagu terkemuka dunia. Antara lagu yang menjadi hits dan mendapat sentuhannya adalah lagu Sorry nyanyian Justin Bieber.

Mendiang yang berasal dari Los Angeles itu juga menjadi komposer bersama untuk lagu DJ Khaled, I’m The One (2017). Lagu berkenaan berjaya mengungguli kedudukan teratas dalam beberapa carta lagu, khususnya di Amerika Syarikat.

Antara hasil karyanya  yang diingati termasuklah lagu Fashion Week (2017) dendangan Wale dan G-Easy.

Untuk makluman, August 08 telah diperkenalkan ke dunia muzik menerusi sepupu-sepupunya. Ketika itu, mereka menggunakan aplikasi ‘Fruit Loops’ untuk menghasilkan beberapa lagu.

Sebelum bekerja bersama Def Jam, August 08 pernah menghasilkan karya di bawah syarikat muzik, 88rising.

Pasukannya telah menggambarkan ahli muzik tersebut sebagai seorang genius yang berbakat dalam satu tribut yang beremosi di media sosial.

”Selamat jalan August. Seorang genius yang paling berbakat dan berhati baik. Anda akan dirindui selamanya,” kata 88rising.

Bersama label berkenaan, mendiang pernah berkerjasama antaranya bersama Joji bagi menghasilkan lagu What We Used To Be.

BACA: Ramai Tak Tahu Selain Malaysia, Ini Negara-negara Lain Yang Sambut Hari Merdeka 31 Ogos

Sumber: The Sun UK

The post Penyanyi Rap & Penulis Lagu Terkenal Dunia, August 08 Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*