Klang Bandar Diraja Bukan ‘Bandar Colombia’ – Ketua Polis Negara

klang bandar diraja

Klang Bandar Diraja Bukan ‘Bandar Colombia’ – Ketua Polis Negara

KLANG, 4 Feb (Bernama) — Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain hari ini menegaskan Bandar Klang adalah Bandar Diraja dan menolak tanggapan negatif sesetengah pihak bahawa bandar itu seperti ‘Bandar Colombia’ kerana khuatir akan mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Beliau berkata hasil lawatannya di bandar tersebut tidak menunjukkan seperti yang diperkatakan, sebaliknya ia sebuah bandar yang aman dan bersih.

“Persespi tersebut hanya diwujudkan oleh beberapa portal (media) bermula daripada kes ejen hartanah disamun sebelum ini. Saya nak bersihkan bandar ini (daripada) stigma dan persepsi berkaitan Bandar Colombia ..ia bukan Bandar Colombia, tetapi ia tetap Bandar Klang, Bandar Diraja,” katanya kepada pemberita selepas program Walkabout Pencegahan Jenayah di sini hari ini.

Beliau berkata pihak polis menjalankan operasi pencegahan jenayah  dan tangkapan sejak Januari hingga 1 Feb lepas termasuk bagi kesalahan dadah, antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM), kontraban dan jenayah lain.

“Kita tidak akan membenarkan portal-portal media mengatakan bandar ini Bandar Colombia,” katanya menambah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ada berbincang dengannya berkaitan isu berkenaan dan memaklumkan kenyataan beliau telah disalahtafsirkan.

Razarudin berkata jika dibandingkan kes jenayah di kawasan lain di Selangor, didapati Gombak, Kajang dan Petaling Jaya (PJ) merekodkan angka lebih tinggi setakat Januari lepas.

“Untuk tahun ini (setakat Januari), Gombak, PJ dan Klang Selatan. Kalau ikut tahun dulu, Klang Utara ini jatuh bawah lagi,” katanya.

Sebelum ini, Mohd Shuhaily pada program Townhall di Persatuan Hokkien di sini menyatakan bahawa kadar jenayah bukan sahaja naik di Klang malah beliau sedih apabila Klang ditularkan seperti bandar Colombia.

The post Klang Bandar Diraja Bukan ‘Bandar Colombia’ – Ketua Polis Negara appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*