Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) Dekati Masyarakat Yang Memerlukan Dan MAIWP Sumbangkan 100 Bakul Rahmah Madani

Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) Dekati Masyarakat Yang Memerlukan Dan MAIWP Sumbangkan 100 Bakul Rahmah Madani

KUALA LUMPUR  – Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pejabat Ahli Parlimen Batu telah mengadakan program Varsiti Peduli Komuniti pada 9 Mac 2024 di Padang Bola Sepak, Taman Dato Senu, Kuala Lumpur. 

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti aktiviti senamrobik, sukaneka, penyampaian sumbangan Bakul RAHMAH Madani dan Back to School, pameran reruai dari agensi kerajaan dan anak-anak syarikat MAIWP, cabutan bertuah serta pemeriksaan kesihatan. 

Dalam ucapan Ybhg. Prof. Dr. Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman, Naib Canselor UCMI menyatakan penghargaan yang tidak berbelah bahagi kepada MAIWP yang sangat aktif dalam peranan dalam pengurusan kutipan dan agihan zakat. Tanggungjawab ini UCMI galas dengan sebaiknya bagi memastikan tiada golongan yang tercicir dalam meneruskan kehidupan di era serba mencabar ini. 

Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP

Pada program tersebut, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyumbangkan 100 penerima Bakul RAHMAH MADANI dan 1000 kit kesihatan kepada golongan yang memerlukan. Tidak ketinggalan, YB Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran yang juga Ahli Parlimen Batu turut menyampaikan sumbangan Bakul RAHMAH MADANI dari Pejabat Parlimen. 

Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP

Selain daripada itu, UCMI dan Autohaus KL juga menyumbangkan kepada 50 anak-anak yang bersekolah dalam Sumbangan Back to School. Sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban ibu-bapa dalam persiapan persekolahan yang akan bermula Isnin ini. Penyampaian sumbangan ini juga turut diiringi oleh Pengurus DBKL Cawangan Batu. 

Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP

UCMI komited dalam menjadi platform untuk menjalankan program khidmat masyarakat. Semoga program ini memberi manfaat kepada penduduk setempat serta terus memberi impak kepada masyarakat sekeliling.

Program ini telah dirasmikan oleh Mejar (B) Johari bin Baba,Pengerusi  MPP Sub Zon 2, yang mewakili YB Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran (Ahli Parlimen Batu). Turut mengiringi Mejar ialah Prof. Dr. Wan Mohd Azizi Bin Wan Sulaiman, Naib Canselor UCMI dan barisan Pengurusan Kanan universiti. 

The post Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) Dekati Masyarakat Yang Memerlukan Dan MAIWP Sumbangkan 100 Bakul Rahmah Madani appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*