Potongan Zakat Secara Konsisten, Perbelanjaan Lebih Terancang

KUALA LUMPUR, 17 JULAI 2023: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah  Persekutuan (PPZMAIWP), hari ini mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) 2023 di Hotel IDEAS Kuala Lumpur

Majlis dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZMAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir  Osman. Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) PPZMAIWP, Encik  Mohammed Hassan

Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai kakitangan kerajaan dan swasta  khususnya di Wilayah Persekutuan agar menunaikan zakat pendapatan secara bulanan melalui  potongan gaji. Pelaksanaan kempen ini juga adalah sebagai galakan kepada pembayar sedia ada untuk menambah potongan zakat mereka di PPZMAIWP.

Kempen ini akan berlangsung selama 6 bulan bermula 1 Julai sehingga 31 Disember 2023 serta  menawarkan pelbagai hadiah menarik seperti pakej percutian di Balkan untuk 2 orang, iPhone  15, Slim Fluffy Dyson Vacuum, Sony WH1000Xm5 Headband, syiling Emas 999.9 1 Dinar dan  Perfect Care Elite Steam Iron Philips

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPZMAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman, Skim PZB  ini adalah saluran bayaran zakat yang terbaik dalam memastikan bayaran zakat yang konsisten  dan selamat serta tidak membebankan apabila tiba hujung tahun. Malahan, Malaysia satu-  satunya negara yang mendapat 100% rebat cukai pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri  (LHDN) dan boleh diselaraskan dengan potongan cukai bulanan (PCB)

Pembayar zakat PPZMAIWP juga dilindungi Skim Kafalah Muzakki atau lebih dikenali sebagai  khairat kematian di mana sekiranya berlaku kematian ke atas pembayar, waris akan menerima  sumbangan wang sehingga RM3,000. Pembayar yang membuat potongan gaji zakat serendah  RM50 setahun secara automatik layak menerima skim ini, katanya

Kami menyeru majikan dan syarikatsyarikat di luar sana agar menggalakkan potongan gaji zakat dalam kalangan kakitangan mereka. Majikan sendiri juga boleh mendapat pengembalian semula wang zakat melalui Skim Wakalah untuk dimanfaatkan semula kepada kakitangan yang  kurang berkemampuan,tambahnya

Kempen ini terbuka kepada semua pembayar zakat melalui saluran Skim PZB sama ada  pembayar baru atau pun yang menambah jumlah potongan zakat

Caracara Penyertaan 

Daftar Skim PZB secara dalam talian melalui

Laman web ptg.zakat.com.my atau secara manual (isi borang) yang boleh didapati di

  • Kaunter PPZMAIWP di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
  • Majikan 

Pada majlis yang sama turut diadakan serahan plak penghargaan kepada 10 majikan syarikat  swasta dan kerajaan yang sentiasa memastikan kakitangan menunaikan zakat secara bulanan  melalui Skim PZB. Antara majikan yang dipilih untuk menerima penghargaan ini adalah Polis  Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pertubuhan Keselamatan Sosial  PERKESO), Universiti Malaysia (UM), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP)

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Malayan Banking Berhad (Maybank), Sapura OMV  Upstream, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), dan HABIBUntuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini, sila layari  www.zakat.com.my/jompotong2023 atau ikuti media sosial Pusat Pungutan Zakat

The post Potongan Zakat Secara Konsisten, Perbelanjaan Lebih Terancang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*