Konflik Israel-Palestin: Kementerian Luar Palestin Dakwa Israel Guna Bom Fosforus 

israel bom fosforus

Konflik Israel-Palestin: Kementerian Luar Palestin Dakwa Israel Guna Bom Fosforus 

Pihak berkuasa Palestin dalam satu kenyataan mendakwa Israel telah menggunakan senjata pembakar fosforus di kawasan berpenduduk di semenanjung Gaza.

Lapor Agensi Anadolu, perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Luar Palestin di platform X pada Selasa.

“Israel menggunakan bom fosforus putih terhadap rakyat Palestin di kejiranan Karama di utara Gaza,” kata kementerian itu.

Bagi mengukuhkan lagi bukti tersebut, pengasas European Observatory for Human Rights, Rami Abdo juga menyiarkan klip di platform X yang mendakwa Israel menggunakan bom tersebut.

“Pasukan tentera Israel menggunakan (bom) fosforus putih beracun di kawasan berpenduduk padat di barat laut Bandar Gaza,” katanya.

Setakat ini, tiada kenyataan yang sah daripada Israel berkaitan dengan penggunaan bom tersebut.

Dalam perkembangan terkini, Israel meneruskan serangan udaranya di semenanjung Gaza sebagai respon kepada siri serangan Hamas ke atas bandar-bandar di Israel.

Menurut Hamas, serangan yang dilakukan olehnya adalah disifatkan sebagai tindak balas terhadap pencabulan Israel di kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur dan peningkatan dalam keganasan.

Kementerian Kesihatan Gaza juga melaporkan sekurang-kurangnya 830 rakyat Palestin terbunuh dan 4,250 lagi cedera dalam serangan Israel di negara itu.

Manakala, lebih 1,000 warga Israel telah terbunuh, lapor akhbar harian Israel Haaretz.

BACA: US Hantar Armada Laut Ke Mediterranean, Tanda Respon Serangan Hamas Ke Atas Israel

Israel bom pintu sempadan Gaza-Mesir buat kali ketiga dalam tempoh 24 Jam

Terdahulu, media melaporkan pintu sempadan Gaza-Mesir, didakwa dibom buat kali ketiga pada Selasa oleh Israel dalam tempoh 24 jam.

Menurut AFP, pintu sempadan Rafah itu menjadi satu-satunya pintu masuk yang tidak dikawal oleh Israel.

Serangan kali ketiga melibatkan empat buah misil itu menyasarkan pintu sempadan yang terletak di kawasan sebelah Palestin, kata wakil Hak Asasi Manusia Sinai.

Wakil itu juga menyebut serangan tersebut menyebabkan pintu sempadan itu ditutup, namun tiada pengesahan segera dibuat oleh mana-mana pihak.

Manakala, beberapa saksi memberitahu serangan kedua terkena kawasan no-man land di antara pintu masuk Mesir dan Palestin, yang memusnahkan kawasan di sebelah Palestin.

Sumber: Agensi Anadolu, @pmofa/X

The post Konflik Israel-Palestin: Kementerian Luar Palestin Dakwa Israel Guna Bom Fosforus  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*