Korea Selatan ‘Berduka’, Puluhan Maut Terperangkap Banjir & Tanah Runtuh Seluruh Negara

Kejadian banjir dan tanah runtuh

Korea Selatan ‘Berduka’, Puluhan Maut Terperangkap Banjir & Tanah Runtuh Seluruh Negara

Sekurang-kurangnya 40 orang maut di Korea Selatan akibat hujan lebat pada hujung minggu lepas hingga menyebabkan banjir dan tanah runtuh di beberapa lokasi di seluruh negara, lapor BBC.

Kejadian itu telah mendorong Presiden Yoon Suk Yeol dalam mencari jalan untuk ‘merubah semula’ cara negara itu dalam menangani cuaca yang ekstrem.

Semalam dilaporkan sekurang-kurangnya 13 orang maut di dalam kenderaan mereka selepas terperangkap oleh air banjir di dalam sebuah terowong.

Sehingga kini, responden masih berusaha untuk mengalirkan air di dalam terowong sepanjang 685 meter di tengah bandar Cheongju.

Pasukan penyelam turut dikerahkan bagi membawa keluar kesemua mangsa yang terperangkap dan terkorban.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, sebanyak 15 kenderaan termasuk sebuah bas dilaporkan telah terperangkap di dalam laluan bawah tanah tersebut.

Terowong itu dimasuki air apabila air banjir dari tebing sungai yang pecah berhampiran terowong tidak dapat menampung jumlah air yang melebihi had maksimum.

Kredit Yonhap

Sementara itu, seramai sembilan mangsa terselamat telah ditemui setakat ini.

Keluarga mangsa yang hilang juga dilaporkan telah menunggu dengan cemas untuk mendapatkan maklumat di hospital tempatan.

“Saya tidak berharap tetapi saya juga tidak boleh pergi,” kata seorang ibu bapa salah seorang daripada anak mereka yang hilang dalam terowong itu.

Polis berkata bahawa mereka akan melancarkan siasatan menyeluruh ke atas kejadian banjir teruk di laluan bawah tanah itu.

Tanah runtuh di pergunungan Gyeongsang Utara

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 19 orang maut di kawasan pergunungan Gyeongsang Utara selepas tanah runtuh yang melenyapkan seluruh rumah penduduk.

Kira-kira 6,400 penduduk dipindahkan awal Sabtu lalu selepas Empangan Goesan di Chungcheong Utara mula melimpah.

Beberapa perkampungan rendah berhampiran empangan serta banyak jalan yang menghubungkannya telah ditenggelami air.

Perkara itu telah menyebabkan beberapa penduduk terperangkap di dalam rumah mereka sendiri.

Salah seorang penduduk bernama Song Du-Ho memberitahu BBC bahawa dia tidak pernah mengalami hujan seperti yang berlaku pada hujung minggu lalu.

Air dikatakan mencecah paras pinggang ketika pekerja penyelamat datang mencarinya serta isterinya pada tengah malam.

Korea Selatan alami musim tengkujuh terburuk dalam sejarah

Korea Selatan kini sedang mengalami salah satu musim tengkujuh di musim panas yang paling teruk dalam rekod.

Hujan lebat pada minggu lalu telah menyebabkan banjir, tanah runtuh dan terputus bekalan elektrik di seluruh negara.

Selain itu, lebih kerap hujan lebat dijangka turun pada minggu ini, diramalkan turun hingga Rabu ini.

Presiden Yoon Suk Yeol pada Isnin berikrar akan ‘merombak sepenuhnya’ cara negara itu bertindak balas terhadap kejadian cuaca ekstrem.

“Kejadian cuaca ekstrem seperti ini akan menjadi perkara biasa. Kita mesti menerima bahawa perubahan iklim sedang berlaku dan kita perlu menanganinya,” katanya.

BACA: Jalan Balik Pulau-Jalan Teluk Bahang Ditutup Berikutan Hakisan Tanah

Tambah beliau, kekurangan pengurusan yang betul di kawasan yang sering dilanda banjir telah menyebabkan ramai yang terkorban.

Presiden Yoon juga sempat turun ke wilayah Gyeongsang Utara kawasan yang dilanda banir pada Isnin lalu.

“Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini dalam hidup saya, ratusan tan batu bergolek dari gunung. Alangkah terkejutnya,” kata Yoon kepada penduduk.

Presiden Yoon telah mengarahkan penempatan tentera untuk menguruskan kesan hujan lebat di seluruh negara.

Beliau juga mengumumkan penempatan kawasan yang dilanda teruk sebagai zon bencana khas yang layak mendapat sokongan negeri.

Hampir 300mm hujan dilaporkan turun merentasi Korea Selatan pada hari Sabtu lalu. Negara itu biasanya ditimpa hujan antara 1,000mm hingga 1,800mm setahun, menurut Persatuan Meteorologi Korea.

Sumber: BBC

The post Korea Selatan ‘Berduka’, Puluhan Maut Terperangkap Banjir & Tanah Runtuh Seluruh Negara appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*