Zii Jia tersungkur awal di Axiata Arena

KUALA LUMPUR – Jaguh perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia mengakui sangat kecewa kerana impiannya untuk pergi lebih jauh Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 tidak kesampaian apabila tumbang seawal pusingan pertama di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.

Episod kekecewaan buat pemain No.2 dunia itu di Terbuka Malaysia berulang apabila dia tumpas di tangan pemain utama Jepun, Kodai Naraoka 21-13, 17-21, 19-21 dalam tempoh satu jam 13 minit.

Bagaimanapun, Zii Jia yang turun tanpa jurulatih mengakui dia tidak kesal dengan jalan yang dia pilih dan bertekad untuk bangkit menjelang kejohanan akan datang.

“Sebenarnya saya memang kecewa, apa boleh saya cakap ini adalah permulaan buruk bagi musim 2023 tetapi banyak lagi kejohanan akan datang, jadi saya akan berusaha sekali lagi.

“Saya rasa cabaran pada hari ini adalah mengenai kawalan angin itu yang lebih mencabar. Bukan saya sahaja tetapi kepada semua pemain juga.

“Sudah pasti Naraoka mempunyai kelebihan untuk perlawanan ini. Saya telah beri yang terbaik pada hari ini dan kita kena terimalah keputusan ini,” katanya.

Sejak membuat penampilan sulung Terbuka Malaysia pada 2019, Zii Jia tidak pernah melepasi pusingan kedua.

Pemain berusia 25 tahun itu kini akan ke New Delhi untuk menyertai Terbuka India minggu depan, sebelum bertanding dalam Super 500 Indonesia Masters seminggu selepas itu. -KOSMO! ONLINE.

The post Zii Jia tersungkur awal di Axiata Arena appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*