KPKT Berjaya Selesaikan 11361 Kes TPPS Sepanjang Tahun 2024

11361 Kes TPPS

KPKT Berjaya Selesaikan 11361 Kes TPPS Sepanjang Tahun 2024

PUTRAJAYA, 30 Januari 2024 – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM) telah mengumumkan kejayaan penyelesaian 11,361 kes di Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) bagi tahun 2023. Pengumuman tersebut telah dibuat dalam satu sidang media di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada pagi ini.

Jumlah tersebut melibatkan jumlah penyelesaian tuntutan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) iaitu 1,331 kes dan tuntutan Tribunal Pengurusan Strata (TPS) iaitu 10,030 kes bagi tahun 2023 termasuk kes yang didaftarkan dari tahun sebelumnya.

Dalam sidang media tersebut, YB KM turut memaklumkan bahawa selaras dengan era perkhidmatan Kerajaan Digital pada masa kini, TPPS kini melangkah ke satu peringkat kehadapan melalui pembangunan sistem e-TPS yang telah dilancarkan pada 12 September 2023 yang lalu. Ini kerana sejak TPS mula beroperasi pada tahun 2015, semua pemfailan kes TPS adalah secara fizikal melalui kaunter atau pos sahaja.

YB KM berkata, “Sejak dilancarkan pada September 2023 dan sehingga Disember 2023, sebanyak 1,500 kes telah difailkan oleh orang awam melalui sistem e-TPS. Ia lebih mudah serta menjimatkan masa dan kos kerana pemfailan tuntutan dan pembayaran boleh dilakukan secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter TPPS.”

Masyarakat awam perlu mengetahui tentang fungsi TPPS sebagai platform untuk mendengar dan mengadili pertikaian berkaitan perumahan dan pengurusan strata.

11361 Kes TPPS

Justeru, bemula tahun 2023 TPPS telah mengambil inisiatif mengadakan sesi libat urus (engagement) bersama Pesuruhjaya Bangunan Pihak Berkuasa Tempatan (COB PBT) untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai fungsi TPPS secara lebih meluas. Dalam sesi tersebut, COB turut menjemput badan pengurusan bersama (JMB), perbadanan pengurusan (MC) dan pemilik strata yang ingin mengetahui prosedur pemfailan dan bidang kuasa TPPS. Kempen kesedaran awam ini turut diadakan di kawasan-kawasan perumahan yang baru diserahkan milikan kosong.

Inisiatif ini dilihat sebagai perkembangan yang sangat baik kerana melalui sesi libat urus yang diadakan, pelbagai maklumat dapat dikongsikan kepada masyarakat awam. Justeru, maklumbalas yang diterima secara langsung ini memberi ruang dan peluang kepada TPPS dalam melaksanakan penambahbaikan demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.

The post KPKT Berjaya Selesaikan 11361 Kes TPPS Sepanjang Tahun 2024 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*