Lebih 10,000 Guru Di Jepun Didapati Ambil “MC” Kerana Alami Masalah Mental

Lebih 10,000 Guru Di Jepun Didapati Ambil “MC” Kerana Alami Masalah Mental

Bilangan guru di sekolah awam Jepun yang mengambil cuti selama sebulan atau lebih disebabkan penyakit mental pada kalendar akademik tahun 2021 mencecah seramai 10,000 orang buat pertama kalinya, lapor The Mainichi.

Pendedahan itu telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan Jepun pada 26 Disember menerusi satu tinjauan di sekolah-sekolah Jepun.

Menurut laporan itu, bagi sesi persekolahan tahun 2021 seramai 10,944 orang guru sekolah awam telah mengambil cuti jangka panjang selama sebulan atau lebih kerana penyakit mental, termasuk kemurungan.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Jumlah itu telah meningkat sebanyak 15.2% atau 1,448 orang pada sesi akademik pada tahun sebelumnya. Peningkatan itu telah menyumbang pada kadar tertinggi iaitu 1.19% daripada jumlah guru di Jepun.

Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi percaya bahawa penyumbang kepada peningkatan angka itu adalah disebabkan oleh masa bekerja yang panjang, masalah berterusan di sekolah dan peningkatan beban kerja guru muda.

Tinjauan Kementerian Pendidikan menyasarkan kira-kira 919,900 guru di sekolah rendah awam, menengah rendah, menengah atas dan keperluan khas serta institusi lain seumpamanya di seluruh Jepun.

Bilangan guru yang mengambil cuti sebulan atau lebih telah meningkat sejak tinjauan itu dilancarkan pada tahun 2016 yang lalu.

Daripada jumlah 10,944 guru yang mengambil cuti jangka panjang dalam kalendar akademik tahun 2021, seramai 5,897 orang guru telah mengambil cuti selama lebih daripada tempoh 90 hari.

Kajian Kementerian Pendidikan yang dijalankan pada tahun 2016 mendapati bahawa kira-kira 30% guru di sekolah rendah awam dan sekitar 60% di sekolah menengah awam bekerja lebih daripada 80 jam sebulan.

Pembaharuan waktu kerja guru yang panjang masih berjalan dan kementerian percaya bahawa beban tugas mungkin tertumpu kepada beberapa guru yang menyebabkan mereka mengambil cuti kerana penyakit mental.

Kementerian Pendidikan bersedia untuk menganalisis secara terperinci punca ketihadiran guru dan mengkaji cara untuk mewujudkan sistem di mana guru boleh berkongsi pendapat mereka dengan mudah.

Sumber: The Mainichi

The post Lebih 10,000 Guru Di Jepun Didapati Ambil “MC” Kerana Alami Masalah Mental appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*