Kru Penerbangan Disiasat, Disyaki Seludup 40kg Bawang Dalam “Flight”

Seludup 40kg Bawang Dalam "Flight"

Kru Penerbangan Disiasat, Disyaki Seludup 40kg Bawang Dalam “Flight”

Seramai 10 orang anak kapal sebuah syarikat penerbangan Filipina disiasat atas dakwaan menyeludup hampir 40 kilogram bawang dan buah-buahan dari Riyadh dan Dubai, lapor Mothership.

Kru kabin dari dua penerbangan berasingan iaitu PR655 dan PR659 itu telah ditangkap berikutan penyeludupan sebanyak 27 kilogram bawang dan 11.5 kilogram buah-buahan lain menurut Biro Kastam (BOC).

Jumlah keseluruhan bawang dan buah-buahan yang dirampas oleh BOC ialah USD 250 (RM1,081).

Menurut laporan oleh Philippine Star, jurucakap BOC berkata pada 16 Januari bahawa kakitangan syarikat penerbangan itu mungkin dikenakan tuduhan jenayah kerana membawa balik barang tanpa pengisytiharan dan pensijilan yang sewajarnya.

Kejadian penyeludupan bawang pernah dilaporkan pada Disember 2022 yang lalu. Pada waktu itu, BOC berjaya merampas lebih daripada dua kontena seberat 50,000 kilogram yang mengandungi bawang tersembunyi bersama pastri dan roti.

Anggaran keseluruhan jumlah rampasan adalah sebanyak RM 1,570. Pada bulan yang sama juga, sebanyak 20 kontena hasil pertanian seludup dari China yang mengandungi bawang merah dan putih turut dirampas.

Seorang Pesuruhjaya Kastam memberitahu laman berita Rappler bahawa mereka sentiasa berwaspada terhadap penyeludupan produk pertanian kerana “nilai pasaran yang terlalu tinggi”.

Menurutnya lagi, operasi penyeludupan akan memberi kesan kepada “petani, rakyat dan sektor pertanian”.

Berdasarkan laporan CNN Filipina, harga bawang di negara itu telah meningkat dengan mendadak berikutan bekalan yang rendah dan inflasi global yang telah dipantau oleh Jabatan Pertanian (DA).

Harga sekilogram bawang telah menjadi dua atau tiga kali lebih mahal daripada daging babi dan ayam.

Selain itu, operasi kartel dan peniaga haram turut menaikkan harga dan menjual barangan secara haram pada harga yang lebih tinggi. DA juga mengesyaki sindiket ini mungkin menyimpan stok bawang kemudian menyebabkan harganya melambung tinggi.

Pada akhir Disember 2022, harga bawang dilaporkan mencecah RM 56.80 sekilogram dan menyebabkan DA terpaksa melaksanakan harga runcit produk tersebut kepada harga RM 19.70 sekilogram.

Pihak berkuasa Filipina telah berusaha untuk mengimport bawang bagi meningkatkan bekalan mereka lalu boleh menurunkan semula harga.

Pada mulanya, DA merancang untuk mengimport kira-kira 22,000 tan bawang, menurut Philippine Daily Induirer. Bagaimanapun, permit hanya dikeluarkan untuk pengimportan sebanyak 27 peratus daripada jumlah awal yang dirancang.

Bawang itu dijadualkan tiba pada 27 Januari, namun ia mungkin tidak akan mencukupi untuk meningkatkan bekalan tempatan.

Sumber: Mothership

The post Kru Penerbangan Disiasat, Disyaki Seludup 40kg Bawang Dalam “Flight” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*