Lafaz Rukun Negara Setiap Sesi Pembukaan Penggal Dewan Rakyat – Johari

Lafaz Rukun Negara Setiap Sesi Pembukaan Penggal Dewan Rakyat - Johari

Lafaz Rukun Negara Setiap Sesi Pembukaan Penggal Dewan Rakyat – Johari

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Lafaz Rukun Negara akan dilaksanakan pada setiap sesi pembukaan penggal Dewan Rakyat, iaitu pada hari kedua mesyuarat pertama setiap penggal Parlimen.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata keputusan itu susulan permohonan daripada Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Aaron Ago Dagang yang mencadangkan supaya Rukun Negara dilafazkan secara penuh bermula dengan mukadimah dan diikuti lima prinsip Rukun Negara di Dewan Rakyat.

Johari berkata beliau kemudian membawa cadangan itu kepada Jawatankuasa Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia serta Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat untuk dipertimbangkan.

“Kedua-dua jawatankuasa ini bersetuju untuk melaksanakan lafaz Rukun Negara ini di Dewan Rakyat,” katanya dalam pemasyhuran sebaik sidang Dewan Rakyat bermula hari ini.

Mengenai pelaksanaan pemeriksaan kesihatan, Johari berkata lapan Ahli Parlimen masih belum menjalani pemeriksaan.

Katanya setakat ini, 213 Ahli Parlimen dan enam senator ahli pentadbiran telah melakukan pemeriksaan kesihatan berkenaan.

BACA: Usia Kehamilan Lebih Awal Dari Tarikh Nikah? Kemungkinan Bunting Pelamin, Ini Maksudnya

Sumber: Bernama

The post Lafaz Rukun Negara Setiap Sesi Pembukaan Penggal Dewan Rakyat – Johari appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*