Pelajar Malaysia Di Jordan Kena Sakat, “Salam 4-0 Bang”

jordan salam 4-0 pelajar malaysia

Warga Jordan Pandai Bergurau, Beri Salam 4-0 Kepada Pelajar Malaysia

Budaya ‘banter’ atau ‘taunting’ merupakan salah satu perkara yang biasa dalam kalangan peminat sukan, lagi-lagi dalam sukan yang popular seperti bola sepak.

Kebiasaannya, penyokong bagi pasukan yang kena tapau atas padang atau menjadi ‘lauk’ akan diasak dengan usikan bertubi-tubi daripada penyokong pasukan lawan.

Manakala usikan ini, boleh berpanjangan atau berlarutan untuk berhari-hari lamanya. Usikan itu boleh berkekalan sampai bila-bila jika dua pasukan yang terlibat adalah seteru abadi.

Gurauan itu cuma berkahir jika pasukan yang kalah berjaya bangkit atau menang dalam pertemuan seterusnya.

Begitu jugalah situasi yang terpaksa dilalui oleh sekumpulan pelajar di Jordan baru-baru ini

Usikan atau banter itu bermula selepas Malaysia kecundang, 4-0 ditangan Jordan dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Asia baru-baru ini.

Kekalahan tersebut nampaknya membuka ruang kepada usikan manja daripada warga Jordan.

Menurut Mad (@mad_alkaraki) di TikTok, dia dan pelajar Malaysia yang lain terpaksa menyambut ‘Salam 4-0’ ketika berjalan-jalan di sekitar universiti.

Dalam video berkenaan, mereka sedang berjalan secara berkumpulan di perkarangan Universiti Mut’ah di Karak.

Ketika berada berdekatan dengan bangunan Fakulti Sains Pendidikan, kehadiran mereka ‘disambut dengan sangat meriah’ dalam kalangan warga tempatan.

Masing-masing mengucapkan perkataan أربعة (arba’ah) yang bermaksud empat dalam bahasa Arab.

Untuk menambahkan perisa, ada yang siap menunjukkan isyarat empat kepada pelajar-pelajar Malaysia itu.

“Kiri kanan kena taunting dengan mat arab 4-0,” tulis Mad pada ruangan kapsyen.

@mad_alkaraki

Kiri kanan kena tauting dengan mat arab 4-0🥲 #pialaasia2023 #jordan #malaysia #asiacup2023 #harimaumalaya #ohmymedia #ohbulan #viral

♬ original sound – M A D – M A D

Fenomena salam 4-0 telah rancak di negara-negara Arab

Selain daripada pelajar Malaysia di Jordan, beberapa rakyat Malaysia yang menetap di negara-negara Arab turut menerima salam mesra 4-0 dari warga tempatan.

“Jangan cakap Jordan, yang dekat Mesir pun kena,” tulis @luqnubb pada ruangan komen.

“Masalahnya dekat Syria ni pun kena jugak… Adoii,” komen @adib9961.

“Kami dekat Morocco (Maghribi) pun kena bang oii,” pengguna @nzrlhakimi7 turut mengalami pengalaman yang sama.

“Bukan kau je bang, aku dekat Arab Saudi pun kena,” @dxb_2040 berkongsi mendapat salam 4-0 di tempatnya.

Namun begitu, semuanya hanyalah gurauan semata-mata.

BACA: Fenomena “Penghijaban Bulan & Seven Sisters” Berlaku Malam Esok

Sumber: @mad_alkaraki via TikTok

The post Pelajar Malaysia Di Jordan Kena Sakat, “Salam 4-0 Bang” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*