Lagu Anak Nora Ariffin Berjudul ‘Old Love’ Terima Anugerah MBOR

lagu old love mbor

Lagu Anak Nora Ariffin Berjudul ‘Old Love’ Terima Anugerah MBOR

Lagu ciptaan penyanyi Putri Dahlia dan Yuji yang berjudul Old Love, telah menerima menerima Anugerah The Malaysia Book Of Records (MBOR) selepas ia menjadi lagu yang paling banyak didengar di aplikasi Spotify.

Putri yang juga merupakan anak kepada penyanyi, Datuk Nora Ariffin berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran Instagram miliknya pada Sabtu.

Dia turut memaparkan sijil anugerah itu dan menzahirkan rasa syukur terhadap pengiktirafan yang diberi.

Kredit: itzputridahlia/Instagram

Lagu tersebut menerima anugerah bagi kategori The Most Streams Of A Spotify Song.

“Inilah saatnya… Alhamdulillah, hari ini 7 Julai 2023, Old Love menjadi lagu spotify yang paling banyak distrim di Malaysia dan kami mendapat anugerah dalam The Malaysia Book Of Records.

“Yuji berusia 19 tahun dan saya berumur 18 tahun ketika lagu ini dihasilkan. Hanya dua orang remaja yang mempunyai impian dan menyukai muzik.

“Tidak pernah menyangka saya akan mencapai apa-apa seperti ini, maaf saya agak emosi tetapi ini sangat besar untuk saya, terima kasih atas sokongan anda semua,” katanya.

Terharu dengan anugerah itu, Putri turut mengambil peluang menyatakan terima kasih kepada mereka yang meminati lagu tersebut dan juga Yuji, pasangan duet dalam lagu tersebut.

“Harap lagu ini telah mengubah hidup, membuat sebahagian daripada anda jatuh cinta. Kami berasa gembira dapat membuat lagu untuk semua orang.

“Semoga lagu ini akan selamanya berada di hati semua orang.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada @yujikyunn untuk membuat kerjasama ini berlaku setahun yang lalu,” coretannya.

BACA: Lagu Terbaru Malique ‘Berduet’ Dengan Mona Fandey Buat Ramai Meremang

Turut didengar oleh kumpulan K-pop terkenal

Mac lalu, Awani melaporkan lagu Old Love itu turut didengar oleh anggota kumpulan K-Pop terkenal, BTS Jungkook.

Kredit: itzputridahlia/Instagram

Perkara itu membuatkan Putri berasa teruja hingga bertindak untuk memuat naik video sewaktu Jungkook mendengar lagu tersebut.

Jungkook dilihat sedang berinteraksi bersama peminatnya, ARMY menerusi aplikasi Weverse.

“Oh (lagu) itu sedap. ARMY’s tahu banyak lagu-lagu menarik. Saya akan simpan lagu ini di dalam library saya,” kata Jungkook berdasarkan ARMY.

Sumber: itzputridahlia/Instagram, Awani

BACA: Kali Pertama Nak Naik “Flight” Di KLIA Terminal 2? Ini “Step” Yang Perlu Anda Tahu

The post Lagu Anak Nora Ariffin Berjudul ‘Old Love’ Terima Anugerah MBOR appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*