Duit Dah Habis, Kerajaan Amerika Syarikat Berdepan Risiko “Government Shutdown”

Amerika syarikat Government Shutdown

Duit Dah Habis, Kerajaan Amerika Syarikat Berdepan Risiko “Government Shutdown”

Negara Amerika Syarikat dilaporkan bakal berdepan dengan government shutdown atau penutupan kerajaan selepas Republikan tidak bersetuju dengan belanjawan yang dibentang di persidangan Dewan Rakyat, lapor BBC.

Kongres dikatakan berdepan tarikh akhir untuk meluluskan belanjawan baharu itu sebelum beribu-ribu pekerja kerajaan diberi cuti tanpa gaji.

Perjanjian itu dikatakan gagal diluluskan selepas seramai 232 ahli Dewan Rakyat menentang langkah itu.

Apa itu penutupan kerajaan?

Perlembagaan telah memberikan Kongres kuasa untuk menguruskan dana, di mana semua keputusan pembiayaan kerajaan berlaku di Capitol Hill.

Setiap tahun Kongres mesti meluluskan bil perbelanjaan sebelum 1 Oktober, iaitu tarikh bagi permulaan tahun fiskal baharu.

Jika bil perbelanjaan itu tidak diluluskan, maka kerajaan akan kehabisan wang untuk terus berfungsi.

Kongres yang gagal bertindak sebelum penghujung September akan berlakunya luput dalam pembiayaan.

Oleh itu, semua fungsi kerajaan yang tidak penting mesti dihentikan serta merta.

Mengapa penutupan kerajaan berlaku?

Di bawah Akta Antidefiensi (yang diluluskan pada tahun 1884 dan dipinda pada tahun 1950), agensi persekutuan tidak boleh membelanjakan sebarang wang tanpa peruntukan daripada Kongres.

Apabila kongres gagal menggubal 12 rang undang-undang, peruntukan tahunan agensi persekutuan harus menghentikan semua fungsi yang tidak penting.

Kredit Brookings

Secara amnya, penutupan kerajaan ini berlaku kerana tiada kesepakatan dalam menggubal 12 rang undang-undang oleh kongres.

Justeru kesemua peruntukan kerajaan akan dihentikan serta merta dan segala operasi berkaitan perkhidmatan kerajaan juga akan ditutup.

Bahasa mudahnya adalah, duit yang membiayai sesebuah kerajaan itu tiada. Ini kerana, setiap pembiayaan itu perlu diluluskan oleh Kongres menerusi pembentangan belanjawan untuk disalurkan kepada kerajaan bagi meneruskan operasi.

Bilakah penutupan akan bermula?

Sekiranya tiada tindakan pada saat akhir daripada Kongres, penutupan dijangka akan berlaku bermula pada 12.01 pagi pada 1 Oktober iaitu esok hari.

Republikan mempunyai majoriti di dalam Dewan, dan Senat pula dikawal oleh Demokrat.

Malah terdapat percanggahan pendapat di kalangan Ahli Dewan Rakyat, dengan majoriti daripadanya mengundi untuk tidak bersetuju dengan kerajaan terus terbuka.

Mereka berpendapat bahawa Kongres terlalu kerap melakukan dan mereka sepatutnya menumpukan untuk meluluskan 12 rang undang-undang perbelanjaan.

Kesan daripada penutupan kerajaan

Kredit AFP

Semasa penutupan ini, kerajaan persekutuan tidak akan dapat membayar seramai 4 juta gaji penjawat awamnya.

Malah, beratus-ratus ribu pekerja kerajaan ini boleh diberhentikan kerja buat sementara waktu.

Semasa penutupan pada 2013, kira-kira 850,000 pekerja telah diberhentikan oleh kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun, beberapa fungsi kerajaan masih akan diteruskan terutamanya dalam bidang ketenteraan dan keselamatan awam.

Setiap agensi persekutuan yang mencipta “pelan luar jangka” tentang cara beroperasi semasa penutupan dikecualikan daripada diberhentikan.

Pelan Jabatan Pertahanan, sebagai contoh menyatakan bahawa anggota tentera yang bertugas aktif akan terus melaporkan diri semasa penutupan.

Presiden Joe Biden dan ahli Kongres yang lainnya akan terus bekerja dan dibayar, seperti yang termaktub dalam undang-undang.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Berapa lama penutupan kerajaan paling lama berlaku?

Kongres telah membenarkan pembiayaan luput beberapa kali dalam tempoh empat dekad yang lalu

Ia membawa kepada 20 penutupan yang berlangsung sekurang-kurangnya satu hari penuh.

Penutupan paling lama dan terbaharu adalah pada tahun 2018 lalu: Kerajaan ditutup selama 34 hari penuh dari 21 Dis 2018 hingga 25 Januari 2019.

Semasa penutupan itu, taman negara tetap dibuka, tetapi dengan pekerja taman diberhentikan, sampah mula bertimbun.

Pekerja Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan, yang dikehendaki terus bekerja tanpa gaji, mula muak dan menyatakan ketidakpuasan hati.

Sumber: NBC News, Brookings, BBC

The post Duit Dah Habis, Kerajaan Amerika Syarikat Berdepan Risiko “Government Shutdown” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*