Lahir Pada 1909, Lelaki Tertua Di Dunia Dilapor Meninggal Dunia

Lelaki Tertua Di Dunia, Perez Meninggal Pada Usia 114 Tahun

Lahir Pada 1909, Lelaki Tertua Di Dunia Dilapor Meninggal Dunia

Seorang lelaki yang diiktiraf sebagai lelaki tertua di dunia dilapor meninggal dunia pada usia 114 tahun.

Juan Vicenta Perez Mora, bapa kepada 11 anak, 41 cucu dan 30 cicit itu meninggal dunia pada Selasa di Tachira, Venuzuela.

Menurut AFP, berita kematian mendiang turut dikongsikan oleh Presiden Venuzuela sendiri, Nicolas Maduro melalui satu hantaran di platform X.

Pada 4 Februari 2022, Perez secara rasmi diiktiraf sebagai lelaki tertua di dunia oleh Rekod Dunia Guiness. Ketika itu, mendiang berusia 112 tahun dan 253 hari.

Perez yang dikenali sebagai “Tio Vicente” dilahirkan pada 27 Mei 1909 dan merupakan anak kesembilan daripada 10 orang adik-beradik. Mendiang menghabiskan lebih lima dekad usianya sebagai seorang petani dan sumber pendapatan utamanya membesarkan keluarga.

“Pada usia lima tahun, Perez mula bekerja dengan ayah dan abangnya dalam bidang pertanian. Dia banyak terlibat dalam aktiviti menuai biji kopi dan penanam tebu,” kata Guiness.

Dia kemudian pernah menjadi seorang sherif dan menyelesaikan pelbagai masalah pertikaian keluarga serta tanah yang berlaku di kawasannya.

Sementara itu, portal BNN berkata kisah hidup Perez adalah bukti kekuatan semangat manusia, kepentingan komuniti dan kesan kehidupan seseorang individu terhadap orang lain.

Meskipun mendiang telah pergi, warisannya akan memberi inspirasi kepada generasi akan datang untuk terus menghargai kehidupan yang sederhana, menjaga ikatan kekeluargaan dan memelihara keindahan alam semula jadi.

BACA: Penghibur Legenda, Jaafar Onn Meninggal Dunia

Sumber: BNN, AFP

The post Lahir Pada 1909, Lelaki Tertua Di Dunia Dilapor Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*