Lawatan Menteri Israel Ke Al-Aqsa Cetus Kecaman

Lawatan Menteri Israel Ke Al-Aqsa Cetus Kecaman

Rakyat Palestin menyifatkan lawatan Menteri berhaluan kanan Israel ke tapak suci yang menjadi pertikaian di Baitulmaqdis sebagai satu provokasi, lapor BBC.

Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir telah menyeru agar pendekatan lebih keras ke arah Palestin. Beliau dilihat berjalan di sekitar tapak itu sambil dikelilingi oleh polis.

Tuntutan terhadap kawasan itu telah meningkatkan lagi ketegangan antara Israel dan Palestin terutamanya dengan pembentukan kerajaan nasionalistik baru Israel.

Lawatan Ben-Gvir adalah merupakan lawatan awam pertamanya sejak kerajaan diketuai oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengangkat sumpah pada 29 Disember lalu.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Tapak puncak bukit itu adalah tempat paling suci dalam agama Yahudi dan yang ketiga paling suci dalam agama Islam.

Seluruh perkarangan tapak itu dianggap sebagai Masjid Al-Aqsa oleh orang Islam. Bagaimanapun, orang Yahudi dan bukan Islam dibenarkan pergi ke kawasan itu tetapi tidak dibenarkan untuk bersembahyang.

Ben-Gvir sebelum ini pernah berkata bahawa dia mahu membawa perubahan kepada peraturan untuk membenarkan penyembahan Yahudi di tapak tersebut.

“Gunung Kuil (Al-Aqsa) terbuka kepada semua orang,” tulisnya di Twitter berserta gambar yang menunjukkan dirinya dikelilingi oleh pengawal keselamatan.

Perdana Menteri Palestin, Muhammad Shtayyeh menyatakan bahawa lawatan yang bertujuanl untuk menjadikan Masjid Al-Aqsa sebagai kuil Yahudi itu adalah melanggar semua norma, nilai, perjanjian dan undang-undang antarabangsa serta ikrar mereka kepada Presiden Amerika.

Jurucakap kumpulan militan Islam Palestin, Hamas yang mentadbir Semenanjung Gaza menggelar lawatan itu sebagai jenayah dan berikrar bahawa tapak itu akan kekal sebagai milik Palestin, Arab dan Islam, lapor AFP.

Sumber: BBC

The post Lawatan Menteri Israel Ke Al-Aqsa Cetus Kecaman appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*