Dah 8 Bulan Pun Masih Segar, Ini Cara Simpan Cili Yang Wajib Anda Tahu

cara simpan cili

Dah 8 Bulan Pun Masih Segar, Ini Cara Simpan Cili Yang Wajib Anda Tahu

Sayur-sayuran antara tumbuhan hijau yang penting dalam mengekalkan nutrien dalam badan manusia.

Selain itu, ia juga kebanyakannya dihidangkan dalam pelbagai variasi resepi makanan. Jadi, tidak hairan mengapa ia tergolong dalam daftar piramid makanan.

Antara sayur-sayuran yang sering ditemukan dalam masakan termasuklah sayur bayam, sawi, daun  sup, timun, kacang bendi, terung, lobak dan banyak lagi.

Cili juga merupakan salah satu sayur-sayuran yang wajib ada di dapur rumah anda.

Boleh dikatakan, hampir setiap hari cili digunakan dalam masakan seperti sambal, masak lemak dan bahkan masak kicap pun menggunakan cili meskipun dalam kuantiti yang sedikit.

Ia bagi memberikan setiap masakan mempunyai rasa pedas mengikut selera mulut masing-masing.

Walau bagaimanapun, rata-rata sayur-sayuran ini tidak mempunyai ketahanan yang lama jika terdedah pada suhu bilik.

Cili juga tidak boleh disimpan dalam jangka waktu yang lama. Kebiasaannya ia tidak dibeli dalam jumlah yang banyak untuk disimpan di dalam peti sejuk di rumah.

Lebih-lebih lagi ia bagi mengelakkan pembaziran dan memastikan peti sejuk kekal segar. Hal ini kerana cili akan mula mengecut dan membusuk jika disimpan lama.

Oleh itu. terdapat pelbagai cara dan tips yang dikongsikan oleh orang awam mengenai penyimpanan cili di dalam peti sejuk agar tahan lama.

Hairi ini, pihak SK akan berkongsikan cara simpan cili agar kekal segar hingga lapan bulan.

Nak tahu bagaimana? Jom ikuti perkongsian Has Linda mengenai tips berguna ini di bawah. Semoga bermanfaat.

Simpan Dalam Botol Je, Cili Tahan Sampai 8 Bulan

Gambar: Has Linda

Menurut Has Linda, dia menerima cili dalam kuantiti yang banyak daripada jiranya. Lebih-lebih lagi, jirannya itu menanam sayuran tersebut.

Tambahnya, cili tersebut diberikan kepadanya sejak awal tahun.

“Jiran berkebun tuai berkilo-kilo cili besar. Dia beri saya cili bulan Januari,”  katanya.

Simpan Dalam Botol Mineral

Dia memberitahu bahawa cili tersebut diletakkan di dalam botol mineral sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Menariknya, sayur itu mampu bertahan dalam tempoh yang lama.

“Saya letak dalam botol mineral dan simpan dalam peti sejuk. Sekarang dah hampir 8 bulan, semuanya masih segar. Tips untuk simpan cili besar agar tahan lama,”  maklumnya.

BACA JUGA: Mudah Je, Wanita Kongsi Tips Tanam Halia Di Rumah

Sumber: Has Linda Via Facebook Berkebun D Rumah

The post Dah 8 Bulan Pun Masih Segar, Ini Cara Simpan Cili Yang Wajib Anda Tahu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*